Harian Metro

BEKERJA SEJAK USIA 14 TAHUN

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Pemilik akaun Instagram (IG) @tyrakmrzmn, Athirah Kamaruzzam­an, 18, atau lebih mesra disapa Tyra mempunyai 186,000 pengikut di laman sosialnya itu.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini boleh dikatakan mempunyai pakej lengkap kerana perwatakan­nya yang menarik, berbudi bahasa, cantik dan bijak meneroka peluang pekerjaan seawal usia 14 tahun.

Ikuti temu bual penulis bersamanya.

SOALAN (S): Kongsikan serba sedikit mengenai latar belakang Tyra.

Tyra (T): Saya anak bongsu daripada lima beradik dan berasal dari Kuala Lumpur.

Seawal usia 14 tahun saya sudah menerima tawaran sebagai model dan belajar mencari ‘duit poket’ sendiri sehingga kini dengan menjual produk kecantikan jenama sendiri serta melakukan produk reviu secara dalam talian.

S: Apakah faktor ramai netizen mengikuti perkembang­an Tyra di IG?

T: Jumlah pengikut mula meningkat naik sejak saya menerima tawaran sebagai model untuk jenama tempatan dan memuat naik gambar rutin harian berkaitan sesi fotografi dan sebagainya.

Saya lebih dikenali ramai apabila sering muncul sebagai tetamu jemputan khas di majlis tertentu.

Selain itu, saya gemar membuat video secara ‘live’ untuk berkomunik­asi dan berkongsi tip kecantikan seperti penjagaan rambut atau solekan dengan mereka. Sekali gus menjual produk kecantikan keluaran saya iaitu Beautyra supaya netizen juga boleh berpenampi­lan cantik.

S: Boleh kongsikan hobi atau aktiviti Tyra pada waktu lapang?

T: Saya ada satu tabiat iaitu suka membeli produk solekan jenama

S: Ramai netizen khususnya remaja menjadikan Tyra sebagai inspirasi bukan saja dalam kecantikan malah mahu menembusi bidang usahawanan secara dalam talian seperti Tyra. Mungkin Tyra boleh bagi tip atau nasihat untuk mereka berjaya.

T: Memang benar remaja masa kini mahu menembusi bidang keusahawan­an dan saya sangat menyokong usaha mereka itu.

Ini kerana saya sendiri ‘mula’ pada usia yang sangat muda.

Apabila kita lakukan perkara yang diminati, perancanga­n akan berjalan lancar.

Jangan fikirkan keseronoka­n dan membuang waktu dengan perkara tidak bermoral, lebih baik kita cari peluang mengukuhka­n kewangan sendiri.

Saya sarankan remaja yang benar-benar berminat menjana pendapatan terutama penuntut universiti mencuba platform @ wsmall.my kerana saya juga akan menjual produk penjagaan rambut di sini.

S: Apakah perancanga­n dan impian Tyra pada masa akan datang?

T: Impian saya hendak menjadi seorang usahawan muda yang mengeluark­an banyak produk kecantikan sendiri dan jenama Beautyra dikenali ramai sehingga menembusi pasaran antarabang­sa.

Namun, saya mula dengan set penjagaan rambut dulu yang bakal dilancarka­n tidak lama lagi dan dijual menerusi platform online WSMall.

Malah saya sasar dalam jangka masa dua tahun lagi untuk memiliki rumah dan mengumpul banyak aset menggunaka­n duit hasil titik peluh sendiri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia