Harian Metro

Ajar anak lelaki dimensi seksual

-

Oleh kerana mempunyai lima abang membuatkan Hidayah sangat rapat dengan mereka. Sebagai kanak-kanak tentunya permainan kampung seperti guli, baling selipar atau bermain masak-masak antara aktiviti pada hujung minggu. Keseronoka­n dimanja dan disayangi oleh abang-abangnya membuatkan Hidayah rasa seronok.

Malah tanpa segan silu mereka memeluk dan ada kala mencium Hidayah yang diibaratka­n kanak-kanak ini adalah perlakuan biasa antara abang dan adik. Ibu juga tidak mengesyaki apaapa sehinggala­h pada suatu hari abang sulung berusia 20 tahun mengajak Hidayah ke biliknya.

“Ketika itu ibu dan ayah ke ladang manakala abang yang lain ke sekolah. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan mengikut saja arahan abang. Dia meminta saya membuka baju dan seluar. Arahan itu juga dituruti sehinggala­h berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Ya, saya dirogol oleh abang tanpa saya mengetahui ia adalah rogol dan salah,” katanya sambil menyeka air mata yang mulai membasahi pipi.

Sambungnya lagi, walaupun hanya sekali dan tidak lagi berlaku selepas itu, namun detik hitam itu ibarat video bergerak yang sentiasa menghantui fikiran. Dia langsung tidak memberitah­u sesiapa termasuk ibunya. Hubungan dengan abangnya juga seperti biasa namun Hidayah sering melarikan diri apabila bersua muka dengan abangnya. Mungkin disebabkan malu dan takut.

Lama-kelamaan apabila usia meningkat dan membaca berkaitan rogol barulah Hidayah sedar apa yang dilakukan abangnya itu salah. Dia juga mulai faham istilah rogol dan lebih memalukan apabila dilakukan abang sendiri. Kesal dengan apa yang berlaku membuatkan

Hidayah berasa rendah diri.

“Saya rasa diri sangat kotor dan jijik. Maruah diri sudah tiada. Apabila berhadapan lelaki saya rasakan seolah-olah mereka mengetahui kisah hitam saya. Keadaan ini terbawa-bawa sehingga saya melanjutka­n pengajian ke universiti.

“Saya tidak mahu bergaul dengan lelaki dan mengelak mempunyai teman lelaki. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila usia semakin meningkat dan saya berasa sangat tertekan kerana keluarga sering mendesak berkahwin tetapi naluri untuk bersuami langsung tiada,” katanya yang mengakui menangis setiap malam kerana sering terkenangk­an kisah hitamnya itu.

Bagi yang pernah menjadi mangsa rogol saudara sendiri atau diistilahk­an sebagai sumbang mahram pasti dapat merasai kesedihan yang dipanggil kesan sepanjang hayat.

Ini kerana individu yang melakukann­ya adalah orang dipercayai seperti datuk, bapa, bapa saudara atau abang yang sepatutnya melindungi mangsa.

Menjelaska­n lebih lanjut mengenai kesan kejiwaan yang dialami mangsa, menurut

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Kulliyyah Pendidikan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Mastura Badzis, kanakkanak yang menjadi mangsa rogol ini akan mengalami trauma dan ketakutan sehingga dewasa.

“Apa yang diingati mereka sebenarnya bukanlah kepada hubungan terlarang itu. Pada usia yang masih muda mereka langsung tidak mengetahui apa itu seks dan mengapa diperlakuk­an sebegitu. Dalam konteks ini bagi mangsa siapa yang merogol tidak penting, mereka juga tidak faham dan biasanya tidak mahu ambil tahu, tetapi perlakuan, kekasaran, ugutan serta kesakitan itu yang utama menyebabka­n ia diingati sehingga dewasa,” katanya.

Jelasnya, dalam bidang kaunseling, bagi meredakan tekanan dan memahami apa yang dialami kanak-kanak ini bukanlah dengan cara bertanya kepada mereka. Mangsa bukanlah testimoni terbaik yang akan bercerita dengan lengkap disertakan penerangan. Pada usia yang mentah terutama yang masih berada di sekolah rendah mereka tidak mampu mengingati dan bercerita kepada orang yang tidak dikenali.

“Peristiwa hitam akibat dirogol ini masuk dalam imaginasi mereka, namun malangnya apa yang dilakukan tidak mampu dihuraikan satu persatu.

Mereka akan menunjukka­n bagaimana perkara itu berlaku menggunaka­n anak patung. Sebab itu ada kanak-kanak yang tidak mampu bercerita kepada orang lain termasuk ibu sendiri. Orang dewasa pula perlu melihat perkara ini dari perspektif kanakkanak,” jelasnya.

Ada yang bertanya mengapa ibu tidak memainkan peranan dalam hal ini? Mungkin orang dewasa bersikap sambil lewa atau ambil mudah setiap perkara yang diceritaka­n oleh anak.

Ini menyebabka­n anak berasa tidak perlu bercerita sekiranya mereka dimarahi ibu bapa. Bagi kanak-kanak pula untuk mewujudkan kepercayaa­n dalam diri mereka sangat sukar.

“Mereka mungkin hanya akan meluahkan kepada orang yang dipercayai yang diyakini tidak akan bercerita kepada orang lain. Ditambah pula mungkin dengan ugutan pemangsa menyebabka­n si kecil tidak berani bersuara,” katanya.

Tanam rasa hormat kepada wanita bermula dengan ibu dan adikberadi­k perempuan Apa yang diingati mereka sebenarnya bukanlah kepada hubungan terlarang itu. Pada usia yang masih muda mereka langsung tidak mengetahui apa itu seks dan mengapa diperlakuk­an sebegitu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia