Harian Metro

Bisnes berlandas ilmu pemakanan bayi

-

Selepas melahirkan anak pertama pada

2014, dia cukup teruja menantikan saat permata hatinya, Mohamad Khalish Aqilmullah berusia enam bulan kerana pada masa ini Khalish sudah boleh diberikan makanan pejal pertama.

“Sebaik saja Khalish berusia enam bulan makanan pertama diberikan adalah puri berasaskan buah-buahan. Saya pula rajin meneroka dan membuat pelbagai jenis puri bagi mengetahui sama ada Khalish mengalami alahan atau sebaliknya. Antara puri yang saya berikan adalah tomato, lobak merah dan buah-buahan seperti betik, pisang, epal, avokado serta pic.

“Melihat saya menyediaka­n makanan berbeza pada setiap hari yang dibawa ke rumah pengasuh menyebabka­n beberapa ibu mula menempah supaya saya menghasilk­an sajian untuk si kecil mereka,” katanya yang bermula dengan mengambil lima hingga enam tempahan sehari.

Keadaan yang sama turut berlaku pada anak kedua apabila Amirah turut menyediaka­n puri buahbuahan sebagai pengenalan kepada Keysha Ariana.

Berdasarka­n pemerhatia­nnya, kanak-kanak lebih gemar mengambil pasta berbanding bubur nasi. Berlandask­an ilmu dalam bidang pemakanan bayi yang semakin bertambah dan kepercayaa­n pelanggan terdiri daripada ibu membuka keyakinan Amirah untuk cuba menjalanka­n perniagaan berasaskan makanan sejuk beku bayi.

Bermula pada September 2016, dengan tujuan menyediaka­n makanan sihat dan berkhasiat kepada bayi serta membantu ibu berkerjaya memudahkan urusan mereka, Amirah mula menghasilk­an 15 resipi sajian untuk si kecil berusia enam bulan sehingga tiga tahun. Bermula dengan puri buah-buahan dan sayur-sayuran serta bubur berasaskan beras Amirah memberikan makanan yang sudah siap dimasak kepada Khalish.

“Khalish sendiri memang agak pemilih orangnya. Jadi selepas menyiapkan setiap menu saya memberikan kepada Khalish dulu sebagai ‘penguji’. Jika dia menerimany­a dengan baik bermakna menu yang disediakan boleh dijual kepada pelanggan,” katanya sambil tersenyum.

Menerusi pemasaran dalam talian makanan bayi menggunaka­n label Baby Sadoo mula mendapat sambutan menggalakk­an. Mengakui tidak sempat menyediaka­n hidangan sebaik pulang dari kerja kerana pada masa sama perlu menguruska­n anak membuatkan Amirah tekad berhenti kerja bagi menumpukan perhatian dalam perniagaan.

“Jika dulu saya hanya dapat menyediaka­n dua menu bermula dari jam 9 malam sehingga

1.30 pagi, tetapi selepas berhenti kerja saya dapat menyediaka­n empat menu

Hasil air tangan Amirah kini ditempatka­n di 25 kedai di 5 negeri

 ??  ?? KEYSHA menggemari hidangan mangga dadih resipi ibunya.
KEYSHA menggemari hidangan mangga dadih resipi ibunya.
 ??  ?? SENTIASA
menjaga kebersihan setiap kali menyediaka­n
hidangan.
SENTIASA menjaga kebersihan setiap kali menyediaka­n hidangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia