Harian Metro

Jus berkhasiat untuk gaya hidup sihat

-

Peratusan orang dewasa yang mengambil buahbuahan dan sayursayur­an segar mengikut kadar disyorkan setiap hari semakin berkuranga­n. Berbanding 2011 dengan catatan 7.5 peratus pada tahun ini hanya enam peratus golongan dewasa di Malaysia mengambil buah-buahan dan sayursayur­an secukupnya.

Sebagai usaha mendidik masyarakat mengenai kepentinga­n pengambila­n buahbuahan dan sayursayur­an, Marigold Peel Fresh memulakan jerayawara pertama bagi memberikan kesedaran mengenai kebaikan buah-buahan di pusat beli-belah 1 Utama pada 19 hingga 23 Julai lalu.

Menampilka­n selebriti popular tempatan dan duta jenama Lisa Surihani, kempen ini adalah antara usaha syarikat berkenaan untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya pengambila­n buah-buahan dan jus buah-buahan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Menurut Lisa dia berbangga dan bersyukur menjadi menjadi ‘wajah’ Marigold Peel Fresh buat tahun ketiga berturut-turut.

“Ini minuman jus buah pasteur yang perlu disimpan sejuk. Jika tidak, ia akan rosak. Minuman ini mengandung­i sekurangku­rangnya 35 peratus atau lebih kandungan jus buah berbanding minuman lain yang mungkin mengandung­i jus serendah lima peratus sahaja,” katanya.

Mengulas mengenai program ini, Timbalan Pengurus Besar Marigold Peel Fresh Michael

Ong berkata, pihaknya memahami kesibukan harian menyebabka­n ramai yang terlupa mengambil buah-buahan dan sayursayur­an dalam hidangan setiap hari walaupun umum tahu ia adalah perkara penting.

“Ia sejajar dengan saranan Kementeria­n Kesihatan supaya kita mengambil sekurangku­rangnya dua hidangan buah sehari. Menerusi kempen Kebaikan BuahBuahan Harian kami menyokong saranan ini kerana ia dapat memberikan banyak kebaikan kepada semua,” katanya.

Semasa jerayawara ini pelbagai jenis jus berkhasiat disediakan untuk dikongsi bersama. Pengunjung bertuah turut berpeluang membawa pulang hadiah yang dimenangi daripada penyertaan permainan sepanjang aktiviti berlangsun­g.

Peminat Lisa turut berpeluang mengikuti bual bicara dan berkongsi cerita hidupnya sebagai ibu kepada dua orang cahaya mata, yang sentiasa sibuk tetapi masih dapat mengekalka­n gaya hidup sihat.

“Sebagai ibu kepada dua orang anak, saya dan suami mementingk­an pemakanan kami sekeluarga. Kami cuba sedaya upaya mengekalka­n amalan hidup sihat agar menjadi ikutan kepada anak-anak kami,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? 1. LISA berkongsi cerita kehidupann­ya menguruska­n dua cahaya mata.
2. ONG (kiri) bersama Lisa menggalakk­an orang ramai makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
1. LISA berkongsi cerita kehidupann­ya menguruska­n dua cahaya mata. 2. ONG (kiri) bersama Lisa menggalakk­an orang ramai makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia