Harian Metro

Pelbagai perisateh dilancar

-

Jika anda penggemar minuman teh dan kerap menikmati minuman enak panas ini pada waktu pagi kini jenama teh terkenal Britain Tetley melancarka­n pelbagai perisa tehnya ke dalam pasaran Malaysia.

Sebagai antara jenama teh terbesar di dunia yang terdapat di lebih 40 negara, Tetley menggunaka­n hanya daun teh terbaik untuk menghasilk­an adunan bermutu tinggi. Sama ada teh hitam, hijau atau herba, teh Tetley menepati semua cita rasa.

Daun teh hitamnya diadun khas bagi menjadikan ia lebih berperisa. Penggemar teh boleh menikmati secangkir English Breakfast, Earl Grey atau Chai Spice. Anda boleh menikmati kesegaran teh hijau, teh pudina hijau atau teh hijau melur atau merasai kelembutan teh Camomile untuk meredakan keletihan selepas seharian bekerja.

Menurut Ketua Global Pembanguna­n Perniagaan, Tata Global Beverages Rajat Kumar, pihaknya percaya segala yang baik bermula dengan secawan teh, sama ada hari yang ceria, perbualan mesra mahupun detik indah.

“Itu sebabnya kami memastikan teh dihasilkan dengan cara berkualiti bermula daripada peringkat tanaman sehinggala­h ia dituang ke dalam cawan. Sejak diperke nalkan pada 1837, kami kini teruja untuk memberikan pelanggan di Malaysia pengalaman minum teh paling bermakna,” katanya.

Produk Tetley boleh didapati dalam pelbagai bentuk pembungkus­an termasuk uncang teh bertali String & Tag, uncang teh bulat, uncang teko teh dan daun teh di kebanyakan pasar raya besar dan pasar raya di seluruh Malaysia. Uncang teh String & Tag dan uncang teh dalam balang masingmasi­ng berharga RM11.90 dan RM8.90. Uncang teh, uncang teko teh dan daun teh pula masingmasi­ng berharga daripada RM6.50, RM8 dan RM8.90.

 ??  ?? DAUN teh melalui proses adunan bermutu tinggi.
DAUN teh melalui proses adunan bermutu tinggi.
 ??  ?? TEH uncang Tetley sesuai untuk seisi
keluarga.
TEH uncang Tetley sesuai untuk seisi keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia