Harian Metro

Pemakanan sihat ibu, bayi

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Perumpamaa­n ‘anda adalah apa yang anda makan’ memang ada benarnya, lebih-lebih lagi apabila membabitka­n bakal ibu dan ibu yang menyusukan bayi mereka.

Untuk itu pemakanan sempurna ketika mengandung bukan saja penting bagi perkembang­an fetus, malah pengambila­n makanan seimbang dan diet bernutrisi juga membantu dalam membina asas yang kukuh bagi perkembang­an serta pertumbuha­n bayi.

Ini diakui Ketua Bahagian Dietetik, Pusat Perubatan Pakar Universiti Malaya Rozanna M Rosly, mengenai kepentinga­n pemakanan bakal ibu dan ibu menyusu.

Menurut Rozanna, tabiat makan ibu sepanjang tempoh kehamilan boleh mendatangk­an kesan langsung kepada bayi yang dikandung.

“Keputusan ibu untuk mengambil sayur-sayuran, bijirin, protein serta pilihan makanan sihat dalam jadual makan sebelum dan ketika tempoh hamil membantu meningkatk­an tahap kesuburan. Ia memastikan ibu sihat sepanjang kehamilan dan menyokong proses kelahiran. Ia juga membina asas bagi perkembang­an bayi, memberikan mereka permulaan yang kukuh dalam kehidupan,” jelasnya ketika majlis Hari Bayi Tollyjoy 2017 anjuran Tollyjoy Corporatio­n dan Yayasan OrphanCARE.

Pada masa sama Rozanna turut menasihatk­an supaya bayi hanya diberikan susu ibu pada enam bulan pertama kelahiran bagi membolehka­n perkembang­an, pertumbuha­n serta kesihatan mereka mencapai tahap optimum.

“Ibu yang menyusu juga perlu menitikber­atkan kepentinga­n nutrisi yang diambil mereka. Selepas tempoh ini sejajar dengan keperluan nutrien bayi, mereka boleh diperkenal­kan kepada makanan seimbang dan selamat. Ibu dinasihatk­an untuk terus memberikan susu badan sehingga bayi mencapai usia dua tahun,” katanya.

Pada Hari Bayi Tollyjoy 2017, tetamu turut disajikan demonstras­i langkah demi langkah menyediaka­n makanan sihat dan interaktif di rumah. Antara sajian yang dihidangka­n termasuk lapisan buahan rangup merangkumi tembikai susu dilapisi dengan oats, dadih rendah lemak, jem strawberi, jus tembikai, bubur oat plum dan pisang serta smoothie susu soya berasaskan buah-buahan segar. Pada akhir demonstras­i jemputan menerima buku panduan dengan resipi sihat bagi membolehka­n mereka menyediaka­n hidangan sihat di rumah.

Menurut Pengurus, Tollyjoy Corporatio­n Grace Ng, Hari Bayi Tollyjoy

2017 mula dilancarka­n di Malaysia pada 2015 dengan kerjasama OrphanCARE. Ia adalah hari istimewa yang dikhususka­n bagi meraikan bayi serta menyokong pengalaman penting ibu bapa dalam memberikan yang terbaik buat si kecil mereka.

“Selain itu pertemuan ini juga adalah usaha bagi memberi tumpuan kepada aspek kekeluarga­an, kasih sayang dan penjagaan sempurna untuk kanakkanak, termasukla­h mereka yang kurang bernasib baik.

“Fokus kami adalah pada pemakanan. Kami percaya selain kasih sayang, pemakanan yang baik pada peringkat permulaan membantu si comel mencapai potensi yang menyeluruh,” kata Grace.

Sebagai pengilang dan pemasar produk penjagaan bayi dan ibu sejak 1971, Tollyjoy menerima sokongan secara berterusan daripada ibu bapa. Ini menjadikan Hari Bayi Tollyjoy sebagai platform yang ideal bagi menunjukka­n penghargaa­n kepada semua.

Bercakap dalam nada yang sama, Pemegang Amanah OrphanCARE Noraini Hashim, menjelaska­n tumpuan

Hari Bayi Tollyjoy adalah seiring dengan matlamat memberikan setiap kanakkanak peluang untuk disayangi serta dilindungi keluarga.

“Ini adalah cara meraikan bayi bersama insan tersayang. Kami juga amat berbesar hati untuk bergabung dengan Tollyjoy dalam meningkatk­an kesedaran dalam kalangan ibu bapa mengenai kepentinga­n pemakanan serta memastikan tempoh hamil dan bayi dalam keadaan sihat,” katanya.

Sebagai organisasi bukan kerajaan, visi OrphanCARE adalah memberikan setiap anak yatim dan bayi terbuang di Malaysia sebuah rumah melalui program anak angkat dan ‘baby hatch’.

Hari Bayi Tollyjoy 2017 yang berlangsun­g selama dua hari diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuk Baby Bingo dan cabutan bertuah. Pemenang membawa pulang hamper Tollyjoy. Untuk maklumat lanjut mengenai Tollyjoy, layari www.tollyjoy.com. sg, atau tekan butang “like” di laman Facebook http:// on.fb.me/ZflMUn.

 ??  ?? GRACE Ng, berkongsi pengalaman mengenai kepentinga­n nutrisi kepada tetamu. NORAINI menyampaik­an
ucapan pada majlis Hari Bayi Tollyjoy 2017
baru-baru ini. ROZZANA menunjukka­n demonstras­i menyediaka­n makanan sihat kepada wakil media dan tetamu jemputan.
GRACE Ng, berkongsi pengalaman mengenai kepentinga­n nutrisi kepada tetamu. NORAINI menyampaik­an ucapan pada majlis Hari Bayi Tollyjoy 2017 baru-baru ini. ROZZANA menunjukka­n demonstras­i menyediaka­n makanan sihat kepada wakil media dan tetamu jemputan.
 ??  ?? GRACE NG (tujuh dari kanan) Rozanna (tiga dari kiri) bersama Datin Rashidah Hashim (empat dari kiri) pada majlis Hari Bayi Tollyjoy 2017.
GRACE NG (tujuh dari kanan) Rozanna (tiga dari kiri) bersama Datin Rashidah Hashim (empat dari kiri) pada majlis Hari Bayi Tollyjoy 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia