Harian Metro

Melaram beg buatan sendiri

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Jahitan tangan menampakka­n bingkai lebih kemas, ikut ukuran asal

Pernahkah anda terfikir menghasilk­an beg tangan yang boleh digayakan ke acara makan malam? Mungkin ramai beranggapa­n ia sesuatu yang sukar dan memerlukan kesabaran.

Ini kerana jahitan yang kemas diperlukan bagi memastikan bentuk beg ‘tidak lari’ daripada bingkai asal.

Bagi yang tidak mempunyai mesin jahit juga boleh melakukann­ya, ini kerana jahitan tangan akan menampakka­n bingkai beg lebih kemas dan mengikut ukuran asal.

Menurut pereka beg buatan tangan, Siti Nor Hanir Misro, untuk menghasilk­an beg sendiri apa yang diperlukan adalah dua jenis fabrik iaitu kain alas dan linen. Linen bersifat keras dan kemas. Oleh itu ia paling sesuai untuk dijadikan bahagian luaran beg tangan.

“Di pasaran terdapat pelbagai jenis fabrik yang dapat digunakan dalam penghasila­n beg. Antara yang popular adalah kapas, linen, kulit dan terkini songket,” katanya.

Sama seperti jahitan baju yang memerlukan pola, syarat untuk mendapatka­n beg berkualiti juga perlu mengikut bingkai disediakan.

“Ia tidak boleh terlebih atau terkurang walau sedikit pun kerana akan mencacatka­n bentuknya. Bagi yang inginkan kelainan boleh menambah perhiasan seperti zip, butang atau manik,” katanya yang turut memberikan tunjuk ajar kepada kenalan di media sosial menerusi kumpulan Facebook.

Bahan menjahit beg tangan:

Kain gam atau pengeras Batting

Kain alas dalam

Kain linen

Bingkai beg berukuran 20sm

Benang nilon untuk jahitan tangan

 ??  ?? 1. BAHAN menghasilk­an beg genggam.
2. POTONG kain beg, kain gam dan batting mengikut pola bingkai beg. Gosok kain gam dan batting ke atas kain.
3. SAMBUNGKAN bahagian tengah beg.
4. CANTUMKAN bahagian tengah beg dengan bahagian depan dan belakang...
1. BAHAN menghasilk­an beg genggam. 2. POTONG kain beg, kain gam dan batting mengikut pola bingkai beg. Gosok kain gam dan batting ke atas kain. 3. SAMBUNGKAN bahagian tengah beg. 4. CANTUMKAN bahagian tengah beg dengan bahagian depan dan belakang...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia