Harian Metro

DENDAM TEBUAN

- Rosli Ilham dan Nur Lela Zulkipli am@hmetro.com.my

> Bagaikan membalas dendam, beratus-ratus tebuan menyerang tiga kanak-kanak selepas sarangnya musnah kerana dibaling batu oleh seorang daripada mangsa. Serangan serangga berbisa itu menyebabka­n Iffriah Darwisha Abdul Wahab Al Hadi, 3, maut akibat disengat manakala kakaknya, Irdina Batrisyia, 8, kini kritikal. Bagaimanap­un, seorang lagi adik beradik mereka, IzzatAl Haziq, 6, sempat menyelamat­kan diri, lapor Nur Lela Zulkipli dan Rosli Ilham

Dungun

“Saya melihat ratusan tebuan tanah mengejar Iffriah dan kakaknya, Irdina sebelum bertindak menarik Iffriah walaupun ketika itu saya turut disengat semata-mata mahu menyelamat­kan mereka,” katanya Rahayu Alias, 45, yang juga pengasuh kepada dua beradik itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang di Kampung Batu Tiong di sini itu, Iffriah Darwisha Abdul Wahab Al Hadi, 3, maut disengat tebuan manakala kakaknya, Irdina Batrisyia, 8, kini kritikal.

Sebelum itu, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi adik-beradiknya Izzat Al Haziq, 6, bermain-main di satu kawasan berhampira­n rumah mereka.

Bagaimanap­un, Izzat dikatakan membaling batu ke dalam semak terkena sarang tebuan berkenaan menyebabka­n sekumpulan tebuan keluar dari sarang yang pecah lalu terus menyerang Iffriah dan Irdina manakala Izzat sempat lari menyelamat­kan diri dengan masuk ke rumah jirannya.

Ketika kejadian, Rahayu berkata, dia sedang berehat di ruang tamu rumah sebelum terdengar tiga beradik itu menangis.

Dengan naluri ingin tahu, dia keluar dari rumah dan terkejut melihat mereka berlari ke arah rumahnya sambil dikejar serta dihurung ratusan tebuan.

“Ketika itu saya tidak fikirkan keselamata­n diri sebaliknya nekad menarik Iffriah ke dalam rumah dan meminta Irdina berlari ke rumahnya untuk meminta pertolonga­n ibunya.

“Iffriah hanya mampu menangis dan mengadu sakit lalu saya membuang serta menghalau tebuan itu dengan tangan sehingga serangga berbisa itu turut menyerang saya.

“Saya menangis melihat keadaan Iffriah. Dengan spontan melaungkan kalimah Allah saya membuang tebuan yang menghurung dan melekat di badannya.

“Saya turut disengat beberapa tebuan di tangan dan siku tetapi tidak mempedulik­an kesakitan kerana yang penting kanak-kanak itu perlu dihantar ke hospital secepat mungkin,” katanya.

Namun, Iffriah

 Budak 3 tahun maut, kakak kritikal disengat ratusan tebuan tanah Saya menangis melihat keadaan Iffriah. Dengan spontan melaungkan kalimah Allah saya membuang tebuan yang menghurung dan melekat di badannya”

Rahayu Alias

disahkan meninggal dunia jam 10.30 malam kelmarin ketika menerima rawatan di wad Hospital Dungun manakala Irdina dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Menurut Rahayu, dia yang mengasuh Iffriah sejak kecil terlalu sedih selepas diberitahu kanak-kanak itu meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Saya minta maaf kerana gagal menyelamat­kannya tapi saya sudah melakukan apa yang patut dilakukan seorang manusia yang waras, cuma Allah lebih sayangkan kanak-kanak itu,” katanya.

Selepas kejadian itu, Rahayu mengaku tidak dapat melelapkan mata kerana seolah-olah nampak tebuan menyerang Iffriah.

“Saya juga terpaksa dibawa ke

Hospital Dungun untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.

Datuk saudara mangsa, Sudin Ibrahim, 49, berkata, dia di dalam rumah berbual dengan ibu mangsa, Zuriati Abdul

Ghafar, 35, sebelum terdengar Irdina menangis sambil memanggil ibunya.

“Saya berlari keluar dari rumah dan melihat Irdina menghalau tebuan yang mengerumun­inya lalu membawanya masuk ke rumah dan menutup pintu.

“Kalau tak tutup pintu mungkin banyak lagi tebuan masuk lalu saya bersama ibunya membuang tebuan pada tubuh kanak-kanak itu sebelum mengejarka­n mereka ke hospital.

“Irdina yang menerima rawatan di Hospital Dungun kemudian dirujuk ke HSNZ kira-kira jam 1 pagi tadi (semalam) berikutan keadaannya yang kritikal,” katanya.

Sudin berkata, jenazah cucu saudaranya itu selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Tiong kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kapten (PA) Ramlan Ros Wahib berkata, sepasukan tiga anggota APM yang menerima laporan mengenai kejadian berkenaan ke lokasi bagi menjalanka­n kerja memusnahka­n sarang tebuan terbabit.

Pemeriksaa­n kemudian mendapati sarang tebuan terbabit berada di kawasan semak di tepi simpang masuk ke rumah mangsa.

“Berikutan itu, kami mengambil tindakan memusnahka­n sarang terbabit kira-kira jam 11 malam tadi (kelmarin),” katanya ketika dihubungi, di sini.

 ??  ?? Budak 3tahunmaut, kakakkriti­kal disengat
tebuan
Budak 3tahunmaut, kakakkriti­kal disengat tebuan
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? IRDINA kritikal (kiri) manakala Iffriah (kanan)
maut.
IRDINA kritikal (kiri) manakala Iffriah (kanan) maut.
 ??  ?? DATUK saudara mangsa, Abdul Halim Ibrahim, menunjukka­n lokasi sarang tebuan yang menyerang dua beradik itu.
DATUK saudara mangsa, Abdul Halim Ibrahim, menunjukka­n lokasi sarang tebuan yang menyerang dua beradik itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia