Harian Metro

SUFIAN, ELFIRA TUNANG OKTOBER

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Penyanyi popular Sufian Suhaimi mengesahka­n bakal bertunang dengan kekasihnya, pelakon Elfira Loy pada Oktober ini.

Sufian, 25, berkata, buat masa ini tarikh belum ditetapkan kerana masih dalam perbincang­an.

“Ikut perancanga­nnya memang begitu, cuma buat masa sekarang saya belum boleh bercakap lebih lanjut kerana masih ada tempoh dua bulan lagi.

“Apa yang penting doakan yang baik-baik dan semoga segala perancanga­n berjalan lancar,” katanya kepada Harian Metro.

Sufian yang popular menerusi lagu Terakhir juga menafikan bakal bernikah pada Januari tahun depan seperti diperkatak­an banyak pihak.

Bagaimanap­un, Sufian mengakui dia sudah bersedia menggalas tanggungja­wab sebagai suami.

“Bukan saja saya, malah Elfira juga sudah bersedia bergelar isteri. Orang kata berkahwin bukan perkara

 Sufian Suhaimi, Elfira Loy dah bersedia galas tanggungja­wab sebagai suami isteri

mudah, jadi teruslah mendoakan yang terbaik.

“Bagi saya tidak salah berkahwin di usia muda. Paling penting mendapat restu dan sokongan ibu bapa. Lagi pun apa yang kami nak buat ini perkara baik,” katanya.

Menurutnya, ibu bapanya menyambut baik kehadiran Elfira dalam keluarga mereka.

“Selepas majlis merisik tempoh hari, keluarga semakin sukakan Elfira. Malah, mereka merestui pilihan saya untuk membawa Elfira masuk ke dalam keluarga kami,” katanya.

Sufian menghantar rombongan merisik

Elfira pada 1 Julai lalu selepas berkenalan selama beberapa bulan.

 ??  ??
 ??  ?? SUFIAN bersama Elfira.
SUFIAN bersama Elfira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia