Harian Metro

LEMBIK SENIOR PAKSA BERTUMBUK

 20 pelajar senior paksa dua mangsa bertumbuk sesama sendiri

- Khairul Hamizy Ramlee am@hmetro.com.my Kuala Terengganu

Dua mangsa belasah pelajar senior dalam kejadian di asrama Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Kuala Nerus, awal pagi kelmarin mendakwa turut dipaksa untuk bertumbuk sesama sendiri.

Ibu kepada seorang daripada mangsa itu, Suffia Ab Ghani, 43, berkata, anaknya yang sudah lembik selepas dibelasah beramai-ramai dalam kejadian itu dipaksa bergaduh dengan seorang lagi mangsa yang juga rakannya.

Menurutnya, dua sahabat itu dipaksa bergaduh sesama sendiri sehinggaka­n anaknya longlai dan kejadian itu didakwa berlarutan lebih sejam.

“Dalam kesakitan anak dan rakannya itu disuruh pula berikrar supaya mengikut segala arahan senior di sekolah itu selepas ini,” katanya yang kesal terhadap kejadian terbabit.

Kejadian jam 1.30 pagi itu menyebabka­n anak Suffia, Ahmad Zikrill Azim dan rakannya, Wan Ahmad Faris Zakaria masing-masing berusia 16 tahun cedera selepas dibelasah 20 pelajar senior sekolahnya.

Berikutan itu, Ahmad Zikrill yang juga pelajar semester satu Jurusan Teknologi Elektronik dan atlet boling Terengganu lebam pada badan dan dua kali pengsan manakala Wan Ahmad Faris cedera di kaki dan calar di badan.

Ahmad ZikrilI dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu petang kelmarin.

Peniaga itu berkata, dia dimaklumka­n kejadian menerusi panggilan dari warden sekolah terbabit yang meminta hadir ke sekolah sebelum terkejut melihat keadaan anaknya yang lemah.

Menurutnya, dia membawa anaknya itu membuat laporan polis selepas berbincang dengan pihak sekolah sebelum mendapatka­n ra- watan di HSNZ.

Katanya, anaknya cedera teruk dan lebam seluruh badan selain pengsan dua kali akibat kejadian itu.

“Hancur remuk hati saya apabila melihat keadaannya dan saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembuli anak,” katanya.

Wan Ahmad Faris ketika ditemui di HSNZ malam kelmarin berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati pelajar senior terbabit yang mendakwa kedua-dua mangsa tidak mengikut kehendak mereka.

“Pada mulanya mereka hanya membelasah Ahmad Zikrill tetapi selepas terdengar bunyi bising, saya terus terjaga daripada tidur dan sebaik bangun didapati mereka sedang menutup muka Ahmad Zikril menggunaka­n selimut dan membelasah­nya sehingga dia tidak bermaya.

“Apabila menyedari saya sudah terjaga, mereka turut membelasah saya hingga menyebabka­n saya muntah dan tidak mampu untuk berdiri selain kecederaan di kaki serta belakang badan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUFFIA menunjukka­n kecederaan yang dialami Ahmad Zikrill yang dirawat di HSNZ.
SUFFIA menunjukka­n kecederaan yang dialami Ahmad Zikrill yang dirawat di HSNZ.
 ??  ?? KESAN lebam di badan Wan Ahmad Faris.
KESAN lebam di badan Wan Ahmad Faris.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia