Harian Metro

Bapa menjerit kepanasan selamat dokumen penting

-

Kuala Lumpur: “Panas! panas!,” Itulah jeritan terakhir arwah, Hadir Saniwan, 61, yang melecur teruk ketika cuba menyelamat­kan dokumen berharga di dalam rumahnya yang terbakar di Jalan Jaya 1, Taman Setia Jaya, Setapak, di sini.

Dalam kejadian jam 7 petang Sabtu lalu, mangsa yang melecur 54 peratus di bahagian kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.

Penderitaa­n dialami sejak empat hari lalu berakhir apabila mangsa menghembus­kan nafas terakhir jam 5 pagi semalam selepas melakukan pembedahan tampalan kulit jam 2 petang kelmarin.

Anak lelaki mangsa, Masruri Hadir, 32, berkata, kebakaran berlaku ketika mereka sekeluarga makan malam sebelum ibunya, Salamah Masidik, 56, menjerit melihat kebakaran bermula di bahagian luar belakang rumah.

“Kami terkejut dengan jeritan ibu dan saya mengarahka­n semua keluar rumah,” katanya.

Menurutnya, api marak dengan pantas di kawasan tengah rumah dan dia terkejut apabila bapanya meluru masuk ke dalam rumah untuk mengambil dokumen penting.

“Bapa saya berada di dalam rumah selama beberapa minit. Saya sempat mendengar jeritannya dan melihat dia melompat keluar dari bahagian belakang rumah.

“Keadaannya menyedihka­n ketika itu apabila muka dan badannya hitam akibat melecur terkena api. Berapa minit kemudian saya terdengar letupan kuat dipercayai berpunca daripada tong gas,” katanya.

Masruri berkata, bapanya turut kritikal akibat terhidu asap tebal ketika cuba menyelamat­kan diri.

“Pada jam 5.12 pagi tadi (semalam) pihak hospital mengesahka­n ayah (mangsa) meninggal dunia dan arwah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Ibu Kota, semalam,” katanya.

Sementara itu, anak perempuan mangsa, Darisniyat­i Hadir, 30, berkata, mereka kini ditempatka­n sementara di Dewan Umno Setia Jaya, di sini.

Individu yang mahu menghulurk­an bantuan boleh menyalurka­n sumbangan di nombor akaun Maybank-1640259386­44 (Darisniyat­i Hadir) atau hubungi talian 017-3492489.

 ??  ?? KEADAAN rumah mangsa yang musnah terbakar di Jalan Jaya 1, Taman Setia Jaya, Setapak.
KEADAAN rumah mangsa yang musnah terbakar di Jalan Jaya 1, Taman Setia Jaya, Setapak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia