Harian Metro

Cinta terhadap al-Quran pendorong juara taranum

-

Kesibukan tugas sebagai anggota tentera termasuk mengawal perbatasan negara bukan alasan bagi Staf Sarjan Muhammad Hasan Basri Ahmad, 34, untuk tidak meluangkan masa dengan membaca al-Quran.

Cintanya terhadap al-Quran mendorong Muhammad Hasan Basri, terus mendalami ilmu Allah itu, malah dia turut diumumkan sebagai johan Pertanding­an Taranum Tilawah al-Quran Peringkat Tentera Darat 2017, berlangsun­g di Dewan serbaguna Kem Terendak, Sungai Udang, di sini, kelmarin.

Muhammad Hasan Basri kini bertugas di Batalion Ke-8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berkata, minat untuk bertaranum bermula ketika di sekolah menengah dan diteruskan sehingga sekarang.

“Arwah ibu adalah guru pertama saya, dia yang banyak ajar dan beri pendedahan mengenai cara bertaranum dengan betul.

“Sebenarnya arwah ibu pernah menjadi qariah dan johan pertanding­an bagi peringkat negeri Pahang, jadi dia mahu saya kuasai kemahiran bertaranum.

“Walaupun sibuk dengan tugas saya turut berguru dengan beberapa lagi individu lain untuk memantapka­n lagi taranum,” katanya.

Menurutnya, semua orang Islam wajib membaca al-Quran setiap hari kerana setiap ayat dan surah mengandung­i maksud tertentu boleh dijadikan sebagai panduan dan pengajaran sepanjang hidup di muka bumi.

Katanya, selepas berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dia banyak menghabisk­an masa dengan mengikuti operasi di dalam hutan dan sekitar kawasan sempadan negara.

“Sebelum masuk operasi saya akan jumpa guru dan dapatkan petua mengenai taranum, jika ada masa lapang atau selepas pulang dari melakukan rondaan saya akan praktikkan dan berlatih apa yang dipelajari,” katanya.

Hadiah kepada johan disampaika­n Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim.

 ??  ?? MUHAMMAD Hasan (kanan) menerima hadiah disampaika­n Zulkiple.
MUHAMMAD Hasan (kanan) menerima hadiah disampaika­n Zulkiple.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia