Harian Metro

Perkosa adik sampai hamil

-

Kajang: Hamilkan adik kandung. Itu tindakan luar batasan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang memperkosa adik perempuann­ya berumur 13 tahun.

Kegiatan sumbang mahram itu terbongkar apabila bapa dua beradik itu terkejut dengan perubahan fizikal mangsa baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, bapa mangsa berusia 43 tahun pelik apabila melihat perut mangsa semakin buncit.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Semenyih untuk pemeriksaa­n kesihatan Jumaat lalu sebelum disahkan hamil tujuh bulan.

“Apabila rahsia itu terbongkar, mangsa mengaku dirogol abang kandungnya di rumah mereka di Semenyih sejak Oktober lalu.

“Gadis terbabit mendakwa dirogol abang kandungnya sebanyak 10 kali ketika ketiadaan ibu bapanya di rumah,” katanya semalam.

Dzaffir berkata, susulan laporan polis dibuat bapa mangsa pada Isnin lalu, polis menahan suspek di rumahnya di Semenyih, jam 12.30 tengah hari, kelmarin.

Katanya, suspek ditahan reman lima hari sehingga Ahad untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek mendapati negatif dadah. Suspek masih bersekolah di sekolah sama dengan mangsa.

“Mangsa ketika ini ditempatka­n di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

 ??  ?? AHMAD Dzaffir
AHMAD Dzaffir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia