Harian Metro

Serik tipu isteri

Suami janji tak ulangi perbuatan dan berharap dimaafkan selepas dibenar bermadu

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

“Saya serik menipu isteri, kini saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi dan berharap isteri memaafkan saya.

“Dia yang saya kahwini sejak 33 tahun lalu seorang isteri yang baik sehingga sanggup membenarka­n saya kahwin lagi,” kata

Ramzi, 55, (bukan nama sebenar) yang terpaksa menerima

200 jahitan selepas ditetak isterinya yang berang selepas mengetahui dia menipu untuk berjumpa bakal isteri keduanya.

Katanya, dia keluar bersama bakal isteri keduanya untuk makan malam pada 2 Ogos lalu di Kuala Krai, namun memberitah­u isterinya dia menonton perlawanan bola sepak membabitka­n Kelantan bersama rakannya.

Tidak terdetik langsung di hati Ramzi, isterinya yang berusia 56 tahun mengetahui pembohonga­n itu, sehinggala­h dia ditetak menggunaka­n pisau pemotong sayur di kepala, dahi dan lengan di rumah mereka di Manek Urai, Kuala Krai, jam 1 pagi, 3 Ogos lalu.

“Saya menyesal kerana menipu isteri sedangkan dia (isteri) seorang wanita yang amat baik dan kini saya sudah melukakan hatinya. Saya kecewa dan berharap dia memaafkan saya.

“Apabila difikirkan semula, saya pun tidak tahu mengapa sanggup melakukan perbuatan bodoh itu sedangkan isteri sudah memberi keizinan untuk saya berkahwin lagi.

“Dua minggu sebelum kejadian itu, kami ada berbincang dan isteri beri keizinan saya berkahwin lagi. Dia reda jika saya sudah nekad (untuk berkahwin), namun silap saya kerana menipu dia ketika keluar menemui bakal isteri berusia 40-an.

“Isteri tidak boleh terima kenyataan saya beritahu keluar menonton perlawanan bola sepak sedangkan dia tahu saya menipunya dan keluar menemui wanita berkenaan.

“Memang silap saya tidak jujur dengan isteri. Saya akui itu dan jadikan kejadian ini sebagai pengajaran paling berguna terutama apabila sudah berpoligam­i nanti,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ramzi mengakui semua persiapan membina masjid kedua sudah dilakukan malah enam anaknya berusia 18 hingga 29 tahun turut memberi keizinan dia melangsung­kan perkahwina­n dengan ibu tunggal dua anak dari Thailand itu.

“Bagaimanap­un, saya belum menetapkan tarikh dan tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu menjaga hati isteri serta anak-anak dulu selepas apa yang berlaku.

“Saya akan memujuk isteri dan apa yang saya lalui adalah balasan kerana saya menipu dan selepas ini saya berharap hati isteri sejuk kerana paling penting saya mahu dia percayakan saya seperti tempoh kami bersama selama 33 tahun.

“Dia seorang isteri yang baik dan bertanggun­gjawab kepada saya serta anak-anak. Saya tahu hatinya terluka apabila saya menipunya, justeru saya perlu beri masa untuk dia pulih. Insya-Allah perancanga­n (bernikah lain) diteruskan nanti,” katanya.

Mengimbas kejadian itu, Ramzi berkata, dia menerima 200 jahitan, bukan lebih 15 jahitan seperti didakwa sesetengah pihak.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia