Harian Metro

Suami Elyana tak gemar gambar dirakam

-

Kuala Lumpur: Gara-gara sudah lama tidak memuat naik gambar bersama suami di laman sosial, ramai beranggapa­n penyanyi Elyana, 30, sudah bercerai.

Perkara itu bertambah hangat diperkatak­an apabila penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu menghadiri majlis hiburan dan konsert tanpa ditemani suami, Khairul Anuar Hussin.

Elyana ketika dihubungi berkata, tanggapan dan dakwaan rumah tangganya bermasalah atau sudah bercerai tidak benar sama sekali.

“Alhamdulil­lah saya masih bahagia bersama suami dan anak di sisi.

“Bagaimanap­un, saya tidak salahkanme­rekayangme­mbuatandai­an dan tanggapan sedemikian.

“Kalau saya jadi orang luar pun apabila melihat pasangan suami isteri tidak memuat naik gambar bersama dalam tempoh panjang akan memikirkan perkara bukan-bukan,” katanya.

Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal mengakui sudah lama tidak memuat naik gambar bersama suami termasuk waktu sambutan Aidilfitri lalu kecuali sesekali bersamaana­k.

“Sebenarnya suami saya yang tidak gemar gambarnya dirakam. Pada waktu sama sejak kembali aktif menyanyi saya lebih senang memuat naik aktiviti seni di laman sosial. Menerusiny­a peminat lebih tahu perkem- bangan kerjaya seni saya,” katanya.

Elyana bernikah dengan Khairul Anuar Hussin pada November 2010 dan dikurniaka­n seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, enam tahun.

 ??  ?? ELYANA bersama anaknya, Cinta Sumayyah.
ELYANA bersama anaknya, Cinta Sumayyah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia