Harian Metro

Komited hapus gejala duit tepi

-

Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) komited membantera­s gejala ‘duit tepi’ dalam kalangan penggiat seni di negara ini melalui kerjasama dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden PTVM Datuk Jurey Latiff berkata, pihaknya membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam selepas timbul isu beberapa pihak perlu membayar bagi mendapatka­n projek siaran di stesen televisyen.

“Hari ini (semalam) kami berpeluang mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad bagi mendengar cara atau proses dalam melaporkan aktiviti rasuah kepada agensi ini.

“Selepas pertemuan itu, kami bersetuju mengadakan taklimat dan dialog mengenai rasuah bersama ahli PTVM yang terdiri daripada syarikat penerbitan di negara ini,” katanya di Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam.

Hadir sama pelakon dan penerbit drama, A Aida.

Jurey berkata, pegawai tertinggi agensi penguatkua­saan itu memberi penjelasan mengenai rasuah kepada 140 ahli PTVM pada 15 Ogos ini sempena Mesyuarat Agung PTVM di FINAS, Kuala Lumpur.

“Sebelum ini banyak kali kami mendengar cakap-cakap mengenai pembayaran mendapatka­n hak penyiaran di stesen televisyen namun tiada laporan dibuat kerana mereka takut menjejaska­n periuk nasi masing-masing.

“Kita mahu bersaing secara sihat dan apabila gelaja pemberian ‘duit tepi’ berlaku, ia hanya merosakkan industri seni. Malah, jika dilihat ketika ini produk dihasilkan tidak bagus tetapi masih disiarkan di kaca televisyen,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia