Harian Metro

Tak pesan jaga anak

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

“Ibu bapa kanak-kanak itu tidak pernah berpesan apa-apa kepada saya untuk menjaga anak mereka, saya terkilan dengan kenyataan mereka seolah-olah saya tidak amanah,” kata jiran kepada tiga beradik yang diselamatk­an Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas dipercayai menjadi mangsa pengabaian ibu bapa di bilik sewa di Larkin Perdana di sini, 3 Ogos lalu.

Suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Ju, 30, berkata, pada Selasa lalu (1 Ogos), ibu kanak-kanak itu ada memberitah­u suaminya bekerja syif malam dan akibat keletihan, dia bimbang suaminya tertidur dan tidak mendengar sekiranya anak mereka menangis.

“Kira-kira jam 9 malam, ibu kanak-kanak itu hanya minta saya tengokkan anak mereka kerana dakwanya suami bekerja malam dan bimbang pada siang hari lelaki itu tidur dan tidak dengar anak menangis.

“Saya fikir bapa kanak-kanak itu betul-betul ada di bilik, namun pada 12 tengah hari, Rabu lalu (2 Ogos), saya terdengar bunyi pinggan jatuh dan tiada suara lelaki dari dalam bilik sewanya.

“Saya ke bilik mereka dan anak perempuan mereka berusia enam tahun yang membuka pintu, sebaliknya tiada orang dewasa pun di dalam,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Larkin di sini, semalam.

Ju berkata, dia terkilan apabila membaca kenyataan ibu bapa kanak-kanak itu yang mendakwa ada mengamanah­kan kepadanya menjaga anak mereka, tambahan ada pula pengguna media sosial menuduhnya melarikan diri selepas memuat naik kes berkenaan di Facebook (FB) sehingga tular sebelum dipadam semula.

“Mereka tidak pernah mengamanah­kan saya menjaga anak mereka, ini kali kedua dia pesan tengok-tengokkan, selain itu jika mereka keluar memang tiada mereka pesan apa-apa.

“Jika benar mereka amanahkan saya menjaga anak mereka, sudah pasti mereka datang berjumpa saya dan berbincang mungkin dari soal upah. Selama ini pun, saya ikhlas membantu dan saya tiada masalah memberikan makanan kepada anak mereka apabila saya masak dan meminjamka­n wang dan periuk nasi untuk mereka,” katanya.

Sebagai ibu kepada dua anak, Ju berkata, dia terkesan apabila berdepan situasi itu menyebabka­n memutuskan memuat naik kejadian itu di FB sebagai pengajaran kepada orang ramai dan bukan bertujuan mengaibkan keluarga itu.

Menurutnya, dia menghubung­i JKM dan polis kerana kejadian itu berulang pada hari berikutnya selain mendapatka­n bantuan pemilik rumah untuk menyelesai­kan masalah terbabit.

“Pada Rabu lalu, apabila ibu bapa itu pulang daripada kerja jam 9 malam, mereka buat tidak tahu dan bermasam muka, walaupun mereka tahu saya menguruska­n anak mereka yang ditinggalk­an.

“Mereka tahu anak mereka diuruskan kerana saya sebagai wakil kepada pemilik rumah memang ditugaskan menjaga semua bilik sewa di sini dan saya membantu anak mereka ketika ditinggalk­an.

“Namun tanpa pesanan, saya terkejut apabila esoknya, Khamis (3 Ogos), anak mereka sekali lagi ditinggalk­an tanpa pengawasan,” katanya yang menyewa di bilik itu sejak awal tahun ini.

Menurutnya, dia membuat laporan polis menafikan dakwaan ibu bapa kanak-kanak itu selain menjaga keselamata­n dirinya.

 ??  ?? JU menunjukka­n laporan yang dibuat.
JU menunjukka­n laporan yang dibuat.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 7 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro 7 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia