Harian Metro

Kecil tapi bahaya

-

Kuala Lumpur: Daripada pandangan kasar, tebuan hanya sekadar serangga berkaki enam bersaiz kecil.

Namun, sengatanny­a yang dipercayai mempunyai bahan kimia beracun mampu membawa maut kepada pemangsany­a.

Pensyarah Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Nur Azura Adam berkata, berdasarka­n penyelidik­an yang dijalankan, tebuan adalah sejenis serangga dari keluarga Vespidae iaitu serangga yang mempunyai sengat dan mampu membunuh manusia terutama kanak-kanak.

“Daripada puluhan spesies tebuan yang dikenal pasti di seluruh dunia, spesies tebuan tanah adalah antara yang paling banyak ditemui di negara ini dan sering dikaitkan dalam beberapa siri serangan terhadap manusia hingga membawa maut.

“Bahan kimia yang disuntik melalui sengatan tebuan tanah mampu menyebabka­n bengkak teruk dalam keadaan berair dan ia berupaya menghentik­an degupan jantung manusia jika sistem imunisasi seseorang itu gagal melawan bahan kimia berkenaan,” katanya yang terbabit dalam penyelidik­an bidang serangga dan pertanian.

Katanya, jumlah sengatan tidak menentukan tahap kronik mangsa, namun tahap penerimaan tubuh mangsa terhadap bahan kimia yang disengat adalah faktor utama yang dilihat oleh pakar perubatan.

“Terdapat kes di mana mangsa disengat lebih 20 kali, namun tiada risiko kesihatan serius dan hanya mengalami bengkak biasa. Sementara ada mangsa yang hanya disengat sekali dan terus meninggal dunia.

“Ini berpunca daripada kesan alergi mangsa yang tidak dapat melawan bahan kimia yang disengat ke dalam tubuh seterusnya menyerang sistem tubuh seperti penurunan tekanan darah secara mendadak dan serangan jantung,” katanya.

Katanya, tebuan tanah sama seperti jenis tebuan kuning yang mudah dikenali pada warna kuning dan berbelang pada badannya dan ia boleh membesar sehingga lebih empat sentimeter.

Secara kesimpulan­nya, sengatan daripada tebuan biarpun hanya satu perlu dipandang serius dan secara teorinya, kelemahan daya ketahanan dan kesan alergi mangsa itu sendiri mengorbank­an nyawa seseorang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia