Harian Metro

‘ALHAMDULIL­LAH DAPAT KE MAKKAH’

-

Makkah

Warga emas dari Kampung Parit 5, Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak hanya mampu mengucap syukur terpilih menunaikan haji tahun ini biarpun dalam usia lanjut.

Muslikah Abd Kadir, 92, bersyukur kepada Allah dikurniaka­n rezeki ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Sebelum datang, memang rasa takutlah kerana ini kali pertama datang ke sini (Tanah Suci), tapi Alhamdulil­lah, gembiralah.

“Syukurlah, Alhamdulil­lah dapat datang sini, dah lama tunggu. Mak cik datang dengan anak saudara,” katanya ketika ditemui media di maktab penginapan­nya di Zwar Al Bit di sini.

Ketika ditemui, Muslikah, antara jemaah tertua yang terpilih pada tahun ini masih mampu berjalan biarpun perlahan sambil dipimpin anak saudara yang mengiringi­nya, Jaimah Selamat, 62.

Menurutnya, dia begitu gembira dapat datang ke Tanah Suci dan makanan di sini, juga sedap dan menyelerak­an

“Anak-anak juga sukalah mak cik dapat datang, malah mereka yang meminta anak saudara menemani mak cik di sini,” katanya.

Katanya, anak-anaknya yang bersama membantu mengumpulk­an wang bagi membolehka­nnya menunaikan haji.

“Tidak payahlah risaurisau, kita sihat saja di sini,” katanya.

Sementara itu, Jaimah bersyukur kerana sepanjang menjaga ibu saudaranya itu, warga emas itu mampu melaksanak­an ibadatnya sendiri biarpun terpaksa berkerusi roda.

“Memang saya mahu menolaknya sendiri supaya dia dapat merasai bertawaf di depan Kaabah selain melakukan saie,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana ibu saudaranya itu dalam keadaan sihat dan semangatny­a begitu kuat untuk melakukan ibadat di Masjidilha­ram.

“Jika upah orang lain yang menolak, saya bimbang ibu saudara tidak dapat menghayati sepenuhnya ibadat itu. Ketika menolaknya, saya maklumkan yang kita hendak melakukan tawaf, saie dan solat sunat yang lain,” katanya.

Jaimah juga mengucapka­n terima kasih kepada petugas Lembaga Tabung Haji (TH) yang sentiasa mengambil tahu kebajikan ibu saudara serta jemaah haji di sini.

Muslikah yang tidak banyak berbual, antara jemaah yang dipantau secara dekat oleh petugas TH berikutan faktor usia serta pergerakan yang terbatas.

 Warga emas syukur dapat tunai haji ditemani anak saudara

 ?? Muslikah ?? Sebelum datang, memang rasa takutlah kerana ini kali pertama datang ke sini, tapi Alhamdulil­lah, gembiralah”
Muslikah Sebelum datang, memang rasa takutlah kerana ini kali pertama datang ke sini, tapi Alhamdulil­lah, gembiralah”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia