Harian Metro

‘Korban’ kudrat demi tunai haji

- Ardyhansah Amat ardyhansah@hmetro.com.my

Kelana Jaya: Seorang warga emas sanggup melakukan pelbagai kerja kampung sejak lebih sepuluh tahun lalu semata-mata mahu menunaikan haji bersama isteri tercinta.

Esmon Mansor, 75, berkata, dia tidak pernah terfikir untuk memilih kerja termasuk sebagai buruh atau mengambil upah membuat rumah asalkan ia rezeki halal buatnya untuk ke Tanah Suci.

“Walaupun kerja yang dilakukan berat dan agak sukar dilakukan pada usia tua, saya tetap tidak kisah.

“Antara kerja yang dilakukan adalah kerja kontrak sebagai buruh kasar, mengambil upah membuat rumah dan menjual hasil kebun termasuk sayur-sayuran,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini, semalam.

Menurutnya, dia sendiri tidak mempunyai sasaran jumlah wang yang perlu disimpan, namun tetap menyimpan impian mahu menunaikan haji bersama isterinya, Mardiah Sidek, 66.

“Bagaimanap­un saya mula mengalami masalah kesihatan termasuk sakit lutut sejak empat tahun lalu sehingga membataska­n pergerakan.

“Keadaan itu menyebabka­n saya bimbang dan sedikit kecewa apatah lagi wang simpanan untuk haji masih belum mencukupi,” katanya.

Namun kekecewaan­nya itu terubat apabila menerima surat tawaran menunaikan haji, bulan lalu.

“Malah anak-anak turut sama membantu menambah wang simpanan yang ada sekali gus memudahkan kami untuk mengerjaka­n ibadah.

“Sukar untuk digambarka­n perasaan gembira dan bersyukur yang dialami ketika ini,” katanya.

Esmon berkata, walaupun ada anak yang bimbangkan keselamata­n mereka apatah lagi kesihatann­ya yang tidak berapa baik, dia yakin pengurusan Lembaga Tabung Haji akan sedaya upaya membantuny­a di sana.

 ??  ?? ESMON dan Mardiah sebelum bertolak ke KLIA, semalam.
ESMON dan Mardiah sebelum bertolak ke KLIA, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia