Harian Metro

Impian 10 tahun ke Tanah Suci tercapai

-

Kelana Jaya: Hasil peninggala­n ladang sawit arwah suami dimanfaatk­an sepenuhnya seorang ibu tunggal, Basiah Majid, 75, untuk menunaikan haji, tahun ini.

Bukan itu saja, Basiah turut menggunaka­n wang yang diwarisiny­a itu bagi menampung perbelanja­an haji dua anak perempuann­ya, Zun Hussen, 58, dan Sofian Hussen, 51, yang turut sama terpilih menyertain­ya ke tanah suci.

“Alhamdulil­lah, impian untuk menunaikan haji akhirnya tercapai selepas lebih 10 tahun mendaftark­an nama di Lembaga Tabung Haji.

“Malah saya turut bersyukur kerana dapat menggunaka­n wang dan harta peninggala­n suami di jalan yang baik dengan menunaikan rukun Islam kelima bersama anak-anak,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini, semalam.

Basiah yang menetap di Pantai Remis, Perak berkata, sebelum ini, dia pernah menunaikan umrah bersama anaknya yang lain beberapa tahun lalu.

“Memang saya sudah melihat Kaabah dan Masjidil Haram namun pemergian kali ini pastinya lebih bermakna kerana dapat menunaikan haji pula.

“Terus terang saya merindui Kaabah dan suasana di sana selepas pulang dari umrah. Sekurang-kurangnya saya dapat melepaskan rindu itu sekali lagi, tahun ini,” katanya.

Bagi Zun, kesempatan mengerjaka­n haji bersama ibu dan adiknya adalah satu rahmat buat mereka sekeluarga.

“Bukan semua orang berpeluang menjejakka­n kaki ke sana jika tanpa keizinan-Nya.

“Saya bersyukur kerana kami turut berpeluang menunaikan haji seperti orang lain bersama ibu,” katanya.

 ??  ?? BASIAH (tengah) bersama Zun (kanan) dan Sofian.
BASIAH (tengah) bersama Zun (kanan) dan Sofian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia