Harian Metro

Bina Kompleks Masjid Al-Quddus

-

hanya mahukan yang terbaik untuk umat Islam. Walaupun mereka golongan minoriti iaitu hanya 25 keluarga, tetapi tidak mustahil satu hari nanti Taupo berkembang menjadi kawasan tumpuan pelancong mengenali Islam,” kata Presiden Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) Zulkifli Wahijan.

Walaupun umat Islam di daerah ini hanya satu peratus, namun keperluan mendesak untuk membina sebuah masjid dan pusat Islam menyebabka­n badan bukan kerajaan itu tampil memudahkan urusan pembinaann­ya.

Kompleks Masjid Al-Quddus, di sini, bakal dibina di atas tapak berkeluasa­n 1,017 meter persegi dilengkapi pelbagai kemudahan seperti masjid, kelas pengajian, dewan serbaguna dan kafe halal untuk menarik umat Islam ke daerah itu.

Taupo yang menjadi lokasi strategik persinggah­an pelancong terletak di tengah laluan antara Wellington dan Auckland.

Zulkifli bersama Timbalanny­a Johari Ismail, Setiausaha Agung Zakaria Abd Latiff dan wartawan Harian Metro berlepas ke Taupo, kelmarin, untuk program Misi Dakwah Pertama ke New Zealand, selain melihat tapak projek kompleks berkenaan.

Zulkifli berkata, pembinaan kompleks masjid di Taupo menjadikan New Zealand negara kesembilan yang menerima bantuan Muslim Care.

Menurutnya, sumbangan orang ramai boleh disalurkan menerusi tiga akaun Muslim Care iaitu Maybank 5644904138­82, Bank Islam 1401401014­7470 dan Bank Muamalat 1401000765­4717.

Katanya, lawatan di tapak projek, semalam, berjalan lancar dan pihaknya akan cuba mendapatka­n pihak berkuasa tempatan di sini untuk memudahkan lagi urusan pembinaan berkaitan pembanguna­n di daerah itu.

“Kompleks ini bakal menjadi pusat sehenti yang menggabung­kan masjid, kelas pengajian, dewan serbaguna untuk ceramah dan kafe halal untuk kegunaan minoriti Islam di daerah itu serta pelancong asing.

“Pembinaan kompleks masjid ini adalah dakwah pertama kita di New Zealand bagi mengurangk­an Islamofobi­a dalam kalangan masyarakat barat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut berharap orang ramai mendapat ‘saham akhirat’ dengan menyumbang dalam projek berkenaan yang dijangka menelan belanja RM3 juta untuk fasa pertama.

 ??  ?? ZULKIFLI (tengah) melawat tapak projek
Masjid A-Quddus.
ZULKIFLI (tengah) melawat tapak projek Masjid A-Quddus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia