Harian Metro

MPV ‘hantu’

Identiti 2 mangsa rentung belum dikenal pasti

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Identiti dua mangsa rentung dalam kemalangan maut di Kilometer (KM) 51, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, di sini, semalam, belum dapat dikenal pasti berikutan kedua-duanya mati terbakar sebelum mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Pontian untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish rentung apabila kenderaan dinaiki mereka terbakar akibat bertembung dengan kereta.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Zakaria Abd Rahman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila MPV berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan Toyota Corona dari Pekan Nenas.

“Pemandu kereta itu cuba berhenti dan mengelak ke kiri, tetapi MPV berkenaan terus meluru ke arahnya dan disebabkan jarak terlalu dekat, kereta itu tidak sempat mengelak dan dilanggar MPV berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua kenderaan terbakar dan pemandu serta penumpang depan MPV maut di tempat kejadian,” katanya.

Zakaria berkata, dalam usaha mengenal pasti mangsa, pihaknya menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas MPV itu di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), namun MPV digunakan mangsa tidak tersenarai dalam rekod JPJ.

“Keadaan jalan lurus dengan dua lorong dan terdapat garisan berkembar sebagai pembahagi jalan.

“Ketika kejadian, hujan baru berhenti dan jalan tidak sibuk,” katanya.

Katanya, pemandu Toyota Corona, Ho Ei Fong, 20, dan pemandu hadapan kereta itu, Lee Zhong Jin, 21, luka di kaki, tangan dan sakit dada.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Akibat rempuhan itu, kedua-dua kenderaan terbakar dan pemandu serta penumpang depan MPV maut di tempat kejadian”

Zakaria Abd Rahman

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia