Harian Metro

Henti kait dua habib

-

Kuala Lumpur: Henti kaitkan penangkapa­n seorang lelaki Arab, Sabtu lalu, dengan pelbagai program keagamaan membabitka­n pendakwah terkenal, Habib Syech Abdul Qodir Assegaf dan Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid.

Ini kerana individu berpenampi­lan agama itu juga dipercayai sengaja menjadikan pentas Malam Cinta Rasul di Dataran Merdeka pada 2013 dan beberapa program selawat lain untuk menunjukka­n dia dekat dengan pemimpin negara demi tujuan peribadi.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, sebagai antara individu yang bertanggun­gjawab membawa masuk kedua-dua individu terbabit beberapa tahun lalu, pihaknya tidak tahu-menahu mengenai kewujudan lelaki yang bergelar Sheikh Toha atau Habib Abu Umar seperti ditularkan di media sosial, minggu ini.

Katanya, sebagai penganjur program selawat perdana itu, pihaknya mempunyai prosedur operasi standard dalam membawa pendakwah ke Malaysia menerusi tapisan dan saringan tertentu untuk sesuai dengan peraturan negara.

“Saya juga terkejut dengan kehadiran lelaki ini di pentas program pada 2013 sehingga terpaksa meminta anggota keselamata­n membawa dia turun dari pentas pada waktu itu.

“Minggu ini pula, kita dikejutkan dengan penangkapa­n lelaki Arab dipercayai lelaki itu kerana kes cabul yang mengundang fitnah kepada Habib Syech dan Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, sepatutnya masyarakat termasuk pemimpin membuat semakan terlebih dulu dengan kehadiran ‘pendakwah’ dari Timur Tengah yang tidak diketahui latar belakangny­a kerana ia boleh mendatangk­an mudarat kepada keselamata­n rakyat.

Mereka (Habib) ditapis untuk sesuai dengan peraturan negara” Syed Ali Alhabshee

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia