Harian Metro

‘Tanam kurma dapat RM1j’

- Mohd Nasif Badruddin dan Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail am@hmetro.com.my

 Syarikat skim pelaburan tawar pulangan lumayan diserbu SSM

Tawar pulangan pelaburan lumayan mencecah RM1 juta selepas tempoh 10 tahun. Itu janji sebuah syarikat yang menjalanka­n skim pelaburan melalui penanaman pokok kurma di Kelantan, Terengganu dan Johor.

Setiap pelabur akan memperoleh Melaka: Sebuah syarikat pemaju perumahan didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap orang ramai dengan menawarkan hartanah di kawasan Klebang, di sini, yang belum lagi wujud.

Difahamkan, pada Mei lalu syarikat terbabit mengadakan pelancaran besar-besaran bagi mempromosi­kan projek hartanah berkenaan yang dikatakan turut menawarkan unit kediaman elit.

Projek berkenaan bukan saja ditawarkan kepada penduduk tempatan sebaliknya warga asing seperti dari China pada harga keuntungan mengikut bilangan pokok kurma yang hendak dilabur iaitu RM3,000 hingga RM5,000 bagi setiap batang pokok ditanam.

Syarikat itu kemudian akan menguruska­n penanaman serta penjagaan pokok sehingga mendapat hasil tuaian.

Syarikat mendakwa akan membeli semula hasil tanaman berdasarka­n kualiti dan saiz buah kurma, manakala pulangan pelaburan dikira bergantung kepada jumlah kilogram yang dihasilkan satu pokok kurma yang dijangka meningkat setiap tahun.

Kegiatan itu bagaimanap­un diambil tindakan jam 10 pagi semalam, susulan risikan dilakukan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) sejak tiga bulan lalu di premis syarikat itu di MidValley, di sini.

Ketika serbuan dilakukan, SSM mendapati terdapat kira-kira 20 pekerja yang bertugas sebagai operator pemasaran dengan menghubung­i bakal pelabur berdasarka­n nama dan nombor telefon yang didakwa diberikan ketua mereka.

Sekiranya berjaya mendapatka­n pelabur, pekerja terbabit akan diberikan insentif sebanyak RM50.

Difahamkan, kebanyakan daripada pekerja itu adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka diberikan skrip khas untuk memujuk bakal pe- labur me- nyertai skim mereka.

Malah, ketika pegawai penyiasat sedang melakukan siasatan terdapat seorang gadis berusia lingkungan 20-an datang ke pejabat itu untuk menghadiri temu duga jawatan eksekutif pemasaran korporat.

Gadis terbabit mendakwa mengetahui iklan jawatan kosong itu di akhbar dan menghubung­i nombor dinyatakan untuk tindakan lanjut.

Dia mendakwa diarahkan datang ke pejabat syarikat itu semalam dan dijanjikan gaji permulaan RM3,000 termasuk elaun lain tanpa mengetahui aktiviti sebenar syarikat itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Penguatkua­saan dan Kawal Selia) SSM, Nor Azimah Abdul Aziz berkata, hasil semakan dilakukan mendapati skim pelaburan pokok kurma ditawarkan syarikat terbabit tidak berdaftar dengan SSM atau mana-mana agensi penguatkua­saan di negara ini.

Katanya, syarikat yang beroperasi sejak 2015 itu berdaftar dengan SSM, tetapi skim pelaburan yang ditawarkan tidak berdaftar seperti yang disyaratka­n.

“Syarikat ini disiasat mengikut Akta Skim Kepentinga­n 2016 (Akta 778) dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda RM50 juta dan penjara selama 10 tahun.

“Apa yang pasti syarikat ini melakukan kesalahan kerana tidak mendaftar skim pelaburan ditawarkan dengan SSM. Bagaimanap­un, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan sama ada wujud kesalahan lain mengikut undang-undang agensi penguat kuasa berkaitan, termasuk pengambila­n deposit tanpa kebenaran dan pengubahan wang haram,” katanya.

Katanya, SSM menasihatk­an orang ramai supaya menyemak dahulu kesahihan sesuatu pelaburan yang ditawarkan dan tidak terburu-buru melabur dalam skim yang menawarkan pulangan tinggi serta tidak munasabah dalam jangka masa pendek.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa melakukan serbuan di syarikat yang menawarkan skim pelaburan penanaman pokok kurma.
ANGGOTA penguat kuasa melakukan serbuan di syarikat yang menawarkan skim pelaburan penanaman pokok kurma.
 ??  ?? NOR Azimah
NOR Azimah
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia