Harian Metro

182 tuduhan noda anak

 Baki lebih 400 kesalahan jenayah seksual terhadap ejen unit amanah bersambung hari ini

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, di sini, semalam atas 150 kesalahan meliwat anak perempuann­ya berusia 15 tahun tiga kali sehari sepanjang Januari dan Mac lalu.

Tertuduh yang juga seorang ejen unit amanah berusia 36 tahun didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu kepada anak kandungnya di sebuah rumah di Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu bermula 1 hingga 19 Januari dan sepanjang bulan Mac lalu.

Sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali, tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan memohon kes dibicaraka­n.

Bagaimanap­un, Yong Zarida menetapkan tertuduh tidak diberikan jaminan.

Selain 150 pertuduhan liwat itu, tertuduh juga tidak mengaku bersalah bagi 32 pertuduhan lain iaitu 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal, satu pertuduhan penganiaya­an seks dan satu pertuduhan rogol.

Secara keseluruha­n, 182 pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh semalam.

Dalam pada itu, Yong Zarida menangguhk­an prosiding pendakwaan terhadap tertuduh semalam dan baki lebih 400 pertuduhan membabitka­n kesalahan sama disambung semula jam 9 pagi hari ini.

Berdasarka­n kertas pertuduhan yang dibaca semalam, tertuduh didakwa atas 30 tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuann­ya yang berusia 15 tahun antara jam 6 pagi hingga 1 pagi, pada 11 Julai hingga 20 Julai lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tertuduh yang juga mempunyai hak pemelihara­an terhadap mangsa didakwa melakukan penganiaya­an seks terhadap anaknya antara 1 Januari hingga 21 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2016, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Selain itu, lelaki itu dituduh merogol mangsa di tempat sama, jam 2 petang, pada 21 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan liwat, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Nordalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin manakala, kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, Nur Azera Zulkefli.

Terdahulu, Nordalina memohon kepada mahkamah tiada jaminan diberikan kepada tertuduh memandangk­an ia kes serius selain bimbang tertuduh melarikan diri jika jaminan diberikan.

Dalam pada itu, tertuduh dalam rayuannya memohon supaya jaminan diberikan kepadanya dengan alasan masih menanggung kedua-dua ibu bapa sakit.

 ?? FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR ?? TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di Putrajaya, semalam.
FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia