Harian Metro

‘Bagai mati hidup semula’

- Mohammad Ishak am@hmetro.com.my

(UMK) dimasukkan ke wad untuk rawatan di Hospital Besut.

Keempat-empat penuntut itu antara 15 lagi yang berada di dalam bot bersama seorang jurumudi dalam kejadian berhampira­n Pulau Rhu.

Dalam kejadian itu, rakan mereka, Nurnasibah Husna Ibrahim, 21, penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) meninggal dunia dipercayai lemas selepas terperangk­ap di bawah bot berkenaan.

Kejadian itu berlaku ketika semua mereka dalam perjalanan ke Kuala Besut selepas bertolak dari Pulau Perhentian jam 11.30 pagi.

Nor Atirah berkata, dia ketakutan apabila bot yang dinaikinya itu tiba-tiba berpusing beberapa kali sebelum terbalik hingga menye- babkan semua penumpang jatuh ke laut.

Dia yang tidak pandai berenang terapung-apung di permukaan air selepas tercampak dan ketika itu hanya mengharapk­an dirinya dapat diselamatk­an.

“Saya bersyukur kerana terselamat tetapi terpaksa dimasukkan ke wad kerana luka di badan,” katanya ketika ditemui di Hospital Besut, semalam.

Nur Shafira pula berkata, kejadian yang terjadi itu berlaku dalam sekelip mata dan dia tidak akan dapat melupakann­ya situasi berhadapan dengan tragedi terbabit.

“Saya menganggap ia sebagai mati hidup semula kerana terapung-apung di laut dan paling menakutkan apabila melihat semua rakan lain menjerit meminta tolong,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mewakili Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melawat mangsa di hospital berkenaan jam 10 pagi semalam.

Beliau diminta Mustapa melawat mangsa kerana penuntut berkenaan mengikuti program luar kampus yang dianjurkan UMNO Kelantan.

Katanya, penuntut berkenaan adalah antara 60 orang yang menghadiri Program Himpunan Mahasiswa Kelantan (Himsak) di Pulau Perhentian dan sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada pemimpin persatuan pelajar.

 ??  ?? NOR Atirah menceritak­an pengalaman kejadian bot terbalik
kepada Dr Asyraf (dua dari kiri).
NOR Atirah menceritak­an pengalaman kejadian bot terbalik kepada Dr Asyraf (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia