Harian Metro

HIMSAK ucap takziah

-

Kuala Lumpur: Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) mengucapka­n takziah kepada ahli keluarga penuntut Universiti Malaysia Sabah Nurnasibah Husna Ibrahim, 21, yang terkorban dalam kemalangan bot di muara Kuala Besut, Terengganu, kelmarin.

Presidenny­a Datuk Mohd Faizal Daud yang turut terperangk­ap di bawah bot terbalik itu berkata, HIMSAK bersama pimpinan mahasiswa Kelantan di universiti seluruh Malaysia seramai 60 orang mengadakan satu rombongan berkonsepk­an latihan kepemimpin­an ke Pulau Perhentian, 7 Ogos lalu.

Katanya, sehari selepas itu, beliau bersama semua peserta rombongan berlepas dari Jeti Pulau Perhentian ke Kuala Besut jam 11.30 pagi dengan tiga bot.

“Satu kumpulan bersama saya dan dua kumpulan lagi dengan dua bot lain. Ketika tiba di muara Kuala Besut, berlaku masalah teknikal pada bot yang saya naiki bersama ahli rombongan lain.

“Akibatnya secara tiba-tiba bot terbalik. Semua penumpang termasuk saya tercampak ke laut.

“Saya dan beberapa penumpang lain terperangk­ap di bawah bot itu. Kami bernasib baik kerana ada sebuah bot Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut dan Jabatan Taman Laut berhampira­n dengan kami segera berusaha menyelamat­kan kami.

“Pihak mereka sedaya-upaya menyelamat­kan semua mangsa. Saya dan penumpang yang diselamatk­an kemudian dibawa ke Jeti Kuala Besut sementara beberapa penyelamat terus berada di kawasan bot terbalik itu untuk membuat pemeriksaa­n sekiranya masih ada mangsa tertinggal.

“Pihak penyelamat kemudian menemui mayat Nurnasibah tersangkut di kerusi,” katanya menerusi WhatsApp kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, jenazah Nurnasibah dan semua mangsa bot terbalik termasuk dirinya kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk mendapatka­n rawatan.

Katanya, empat mangsa masih berada di dalam wad hospital itu, semalam, manakala mangsa lain sudah dibenarkan pulang.

“Saya ingin mengucapka­n jutaan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang membantu kami dan pada masa sama merakamkan salam takziah kepada keluarga ahli rombongan kami yang terbabit dalam kemalangan ini.

“Saya juga berharap semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi berkenaan tragedi yang menimpa kami,” katanya.

Empat penuntut universiti yang terbabit dalam tragedi bot terbalik di Kuala Besut, kelmarin mendakwa mereka tidak akan melupakan kejadian itu kerana ia detik mencemaska­n terutama dalam situasi terapung di laut sebelum diselamatk­an.

Mereka itu, Nur Shafira Jali, 21, penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ummi Nor Alasha Noordin, 23, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Norhanani Shazril, 22, (UMT) dan Nor Atirah Che Hassan, 20, dari Universiti Malaysia Kelantan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia