Harian Metro

Penganggur dijel 3 tahun, 3 sebatan rompak pelajar

-

Seorang penganggur dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, semalam, atas pertuduhan merompak seorang pelajar dengan bersenjata­kan pisau lipat.

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap A Muniandy, 29, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Muniandy didakwa merompak telefon bimbit jenama Vivo Y21 milik M Shankar, 19, di hadapan pintu gerbang di Jalan Petaling Off Jalan Sultan, Dang Wangi pada jam 5.20 petang, 30 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga dikenakan hukuman penjara dua bulan atas kesalahan gagal menunjukka­n kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan diri kepada polis yang membuat pemeriksaa­n di tempat dan waktu yang sama.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Peraturan Pendaftara­n Negara 1990, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah­kan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 30 Julai lalu. Empat rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, semalam atas pertuduhan melakukan rompak berkumpula­n di premis bengkel milik seorang kenalan mereka hujung bulan lalu.

Muhammad Redzuan Ibrahim, 27, Lim Yuen Chung, 27, Benjamin Varghase George, 28, dan Mohd Shafik Yaakob, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim

Azwarnida Affandi.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpula­n terhadap Muhammad Afiq Al Matin Mohamed Ali, 46, dengan merompak antaranya topi keledar dan aksesori motosikal berkuasa tinggi.

Akibat kejadian itu, mangsa kerugian RM7,220.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lucky Ace Pitstop, No 21G, Jalan SP 3/2, Saujana Puchong, Puchong, pada 11.37 pagi, 26 Julai lalu. Dakwaan kes dikemukaka­n mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Dakwaan kes dikemukaka­n mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan sebat.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia