Harian Metro

Buntu cari dana RM70,000 bedah bayi

-

Kuala Lumpur: Seorang bayi, Dwayne Ryden Romy, 1 bulan mungkin terpaksa menangguhk­an pembedahan membetulka­n injap songsang di Hospital Gleneagles, di sini, jika tidak mendapat bantuan dalam tempoh terdekat.

Bayi lelaki berkenaan yang kini ditempatka­n di unit rawatan rapi memerlukan sumbangan orang ramai berjumlah RM70,000 untuk membiayai kos pembedahan secepat mungkin bagi mengelak masalah lebih serius.

Ibu bayi berkenaan, Debbee Brawie, 27, berkata, dia dan suami, Rony Paul, 27, mendapat tahu Dwayne menghidap masalah injap songsang sejak bayi itu lahir pada 25 Jun lalu.

“Ketika mengandung, doktor beritahu bayi saya berada normal hasil pemeriksaa­n kesihatan secara berkala di sebuah hospital.

“Pada ketika itu, saya dan suami langsung tidak meini nyedari kandungan saya bermasalah sehingga saat bayi dilahirkan,” katanya.

Menurutnya, selepas bersalin, keadaan menjadi huru-hara di mana doktor dan jururawat segera membawa Dwayne ke tempat lain dan merasakan ada sesuatu tiusia dak kena pada bayinya.

“Kami sekeluarga menyedari anak mengalami masalah injap songsang selepas doktor memberitah­u wajah anak bertukar kebiruan selepas dilahirkan.

“Kami tidak mampu menampung kos pembedahan kerana saya hanya bekerja sebagai jururawat perindustr­ian manakala suami bekerja sendiri,” katanya.

Sementara itu, remaja perempuan orang kurang upaya, Wong Rui Xin, 18, mengalami masalah injap pulmonari tidak normal sejak berusia setahun.

Ibunya, Len Kam Mooi, 50, berkata, anaknya memerlukan RM50,000 untuk penggantia­n injap pulmonari baru bagi membetulka­n fungsi injap untuk kembali normal.

“Ini pembedahan kedua anak saya selepas pembedahan pertama berikutan masalah jantung berlubang pada 31 Julai 2000.

“Anak saya mengalami masalah injap pulmonari tidak normal dan memerlukan penggantia­n injap baru supaya dapat mengurangk­an bengkak,” katanya.

Dia yang juga suri rumah sepenuh masa tidak dapat menampung kos pembedahan kerana tidak bekerja dan mengharapk­an pendapatan suami yang bekerja sebagai pemandu lori.

Mereka yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menghantar cek atas nama Tabung Kebajikan Media Prima-NSTP ke Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur dengan nama individu yang ingin dibantu di belakang cek atau ke akaun Maybank 5141-0532-3170.

 ??  ?? DEBBIE bersama Dwayne yang menghidap masalah injap songsang.
DEBBIE bersama Dwayne yang menghidap masalah injap songsang.
 ??  ?? LEN memerlukan RM50,000 untuk pembedahan Wong.
LEN memerlukan RM50,000 untuk pembedahan Wong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia