Harian Metro

Melonjak dapat anak

- Asmah Rusman asmah_rusman@hmetro.com.my

 Bekas pengurus kanan dapat ‘anugerah’ baby hatch selepas 14 tahun tunggu zuriat

“Tiada kata dapat menggambar­kan perasaan saya ketika itu sebaik melihat wajah bayi itu. Saya bersyukur kerana terpilih menjadi bapanya.

“Rutin harian saya dan isteri berubah 360 darjah dengan kehadirann­ya, malah saya membuat keputusan meninggalk­an jawatan pengurus kanan syarikat korporat untuk mengasuhny­a sendiri tahun lalu,” kata Mohd Nazri Mat Nawi, 43.

Mohd Nazri yang ditemui pada Majlis Hari Terbuka Yayasan Orphan Care, semalam, berkata, dia gembira kerana keputusan mengambil anak angkat selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga adalah tepat.

“Saya pergi ke beberapa pusat perlindung­an menyediaka­n khidmat mengambil anak angkat namun apa ditawarkan di sini lebih meyakinkan.

“Selain perlu menduduki sesi pemilihan, keluarga angkat perlu melalui pemeriksaa­n kesihatan, sesi kaunseling dan latihan menjadi ibu bapa sebelum menerima bayi,” katanya.

Menurutnya, ternyata proses itu banyak memban- tu dirinya menjalanka­n tanggungja­wab dan rutin harian, malah tidak pernah berasa kekok menjadi bapa. “Sokongan, tunjuk ajar dan sesi kaunseling diberikan membuatkan hubungan anak itu dengan kami rapat bagai darah daging sendiri.

“Kadangkala ada rakan tidak percaya jika saya memberitah­u status anak itu yang mencecah usia 21 bulan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Orphancare Tan Sri Faizah Mohd Tahir berkata, sejak 2009, seramai 272 bayi diselamatk­an kantung penyelamat atau di pusat perlindung­an itu.

“Daripada jumlah itu, 172 menerima keluarga angkat masing-masing manakala 100 lagi dijaga ibu kandung mereka selepas diberi kaunseling oleh pihak kami.

“Tahun ini, kami menerima 24 bayi dan dua daripadany­a diterima

Bukit Gasing, Petaling Jaya yang baru dipindahka­n dari Kampung Tunku,” katanya.

 ??  ?? FAIZAH (tengah) menunjukka­n demonstras­i di dalam baby hatch.
FAIZAH (tengah) menunjukka­n demonstras­i di dalam baby hatch.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia