Harian Metro

Layan pelanggan beli nanas walaupun lumpuh

-

Kota Bharu: “Beli be, sekilo tiga riyal jah (beli abang, sekilogram tiga ringgit saja),” kata peniaga nanas, Mohd Zuri Abdul Satar, 35, yang lumpuh seluruh badan kepada pelanggann­ya di pasar pagi di Dataran Ilmu, di sini.

Biarpun terbaring di atas kerusi malas, Mohd Zuri tetap mesra melayan pelanggan sambil dibantu isteri, Nur Aklima Husin, 38.

Nur Aklima yang tinggal di Tanah Merah berkata, pada 2004, suaminya terjatuh ketika melakukan kerja mengimpal bot di Kuantan, Pahang mengakibat­kan saraf di leher rosak.

Katanya, ia menyebabka­n suaminya lumpuh seluruh badan.

“Sejak itu, suami hanya terlantar dan segala keperluann­ya termasuk makan dan mandi perlukan bantuan saya dan dua anak ber- 10 dan 14 tahun.

“Bagaimanap­un, saya tidak pernah mengeluh dan reda dengan ujian ini,” katanya.

Menurutnya, bagi menyara keluarga, dia berulang-alik berniaga bertih jagung dan nanas di Dataran Ilmu pada setiap Jumaat.

Malah, Mohd Zuri juga tidak keberatan ikut serta.

“Seawal jam 5 pagi, sejak dua tahun lalu, saya memandu van membawa bersama suami dan dua anak untuk berniaga.

“Bukan tujuan saya meraih simpati dengan membawa suami bersama, sebaliknya dia sendiri mahu turut serta atas dasar tanggungja­wab ketua keluarga,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Agro Bank 2001671000­003390 atas nama Nur Aklima Husin.

 ??  ?? NUR Aklima membawa Mohd Zuri berniaga nanas di pasar pagi di Dataran Ilmu.
NUR Aklima membawa Mohd Zuri berniaga nanas di pasar pagi di Dataran Ilmu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia