Harian Metro

Empat jam ke Kota Bharu

- Mohd Fauzi Abdullah dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz am@hmetro.com.my

Jika sebelum ini perjalanan dari pantai barat ke pantai timur Semenanjun­g memakan masa lapan hingga 12 jam, kini mampu dipendekka­n sehingga tiga kali ganda iaitu hanya memakan masa empat jam selepas pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap sepenuhnya pada 2024.

Projek sepanjang 688 kilometer dari Terminal Pengangkut­an Bersepadu (ITT) Gombak, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan adalah fasa pertama yang dibangunka­n kerajaan sebelum dilanjutka­n ke Pengkalan Kubor, Kelantan dengan kelajuan tren penumpang 160 km/j.

Projek mega bernilai RM55 bilion dijalankan dengan kerjasama syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan Chinese Communicat­ions Constructi­on Company Ltd (CCCC) itu bukan saja memendekka­n perjalanan penduduk di kawasan terbabit, malah menjimatka­n masa mereka untuk berhubung ke sesuatu kawasan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, projek ECRL menjadi titik-tolak kepada perubahan landskap dan masyarakat di kawasan Pantai Timur untuk bergerak dalam masa singkat ke kawasan Pantai Barat Semenanjun­g.

“Projek ECRL bakal menjadi titik perubahan minda rakyat selain mampu memendekka­n masa perjalanan. Ia bukan saja memendekka­n masa perjalanan, malah menghubung­kan rangkaian tempat di pantai timur dengan kawasan pantai barat semenanjun­g,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah ECRL di Stesen Kota SAS, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, Pengerusi MRL, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah, Kaunselor Negara China, Wan Yong, Timbalan Menteri Luar China, Zhang Min, dan Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang.

Najib berkata, kerajaan

Dr optimis projek berkenaan mampu disiapkan pada 2024 memandangk­an syarikat berpangkal­an di China itu mempunyai pencapaian yang baik apabila turut disenaraik­an pada kedudukan 135 daripada 2,000 syarikat awam oleh Forbes Global 2000.

“Insya-Allah jika projek ini dapat disiapkan sebelum tiba masanya ia lebih baik.

 Projek kereta api terpanjang siap 2024

 ??  ??
 ?? FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG DAN MUHAMMAD ASYRAF SAWAL ?? NAJIB bersama Liow (tiga dari kanan) melihat replika terowong ECRL pada majlis pecah tanah ECRL di Stesen Kota SAS.
FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG DAN MUHAMMAD ASYRAF SAWAL NAJIB bersama Liow (tiga dari kanan) melihat replika terowong ECRL pada majlis pecah tanah ECRL di Stesen Kota SAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia