Harian Metro

Tangani masalah visa jemaah

-

Gurun: Kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menangani masalah visa bakal jemaah sehingga menyebabka­n penerbanga­n mereka ke tanah suci tertunda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pasukan itu akan memantau permasalah­an berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan urusan penerbanga­n mereka kembali lancar.

Beliau berkata usaha kerajaan mengenai perkara itu memberikan impak positif apabila bilangan bakal jemaah yang berhadapan masalah visa semakin berkuranga­n kerana ia turut dibantu hasil kerjasama baik antara Malaysia dan Arab Saudi.

“Sehingga ke hari ini banyak jumlah yang berkuranga­n berbanding sewaktu masalah visa ini mula timbul. Kerajaan Arab Saudi faham mengenai perkara ini malah Kedutaan Arab Saudi di Malaysia memberikan arahan agar kes visa tertangguh ini diberi perhatian tinggi,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Jerai melancarka­n Projek Mengurangk­an Risiko Banjir di Kampung Sungai Bongkok, Bedong dekat sini semalam.

Jamil Khir berkata, setiap hari Tabung Haji (TH) mengemas kini maklumat mengenai jumlah bakal jemaah yang belum mendapat visa dan TH turut memberi jaminan bahawa mereka akan berusaha menyelesai­kan masalah itu dengan kadar segera.

“Kita akan susun semula penerbanga­n yang tertunda memandangk­an proses mendapatka­n visa memerlukan masa yang panjang. Jika tidak dapat KT (penerbanga­n yang dijadual), kita akan susun dalam KT berikutnya.

“Nak dapat visa bukan letak pasport terus dapat, tetapi kena dapatkan kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi dengan menentukan kelayakan seseorang individu untuk terbang, tidak ada keraguan tentang status mereka dan sebagainya,” katanya.

Jamil Khir berkata sehingga kini 50 peratus daripada 30,200 bakal jemaah Malaysia sudah berlepas ke tanah suci dengan penerbanga­n terakhir ialah pada 26 Ogos.– BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia