Harian Metro

SPRM panggil orang penting

- Hayati Ibrahim dan Nur Syahirah Marzuki am@hmetro.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang individu penting berhubung pembelian dua hotel di London dan di Kuching, Sarawak oleh FELDA Investment Corporatio­n (FIC).

Mendedahka­n perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki berkata, pihaknya dijangka memanggil individu berkenaan selewat-lewatnya minggu depan.

“Ada orang penting yang akan dipanggil minggu depan. Siapa orang itu saya tidak mahu dedahkan lagi,” katanya kepada BERNAMA selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma BERNAMA, malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Azam berkata, setakat ini sembilan individu ditahan, manakala lebih 30 saksi dipanggil berhubung isu pembelian kedua-dua hotel itu.

Sementara itu di Putrajaya, bekas ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporatio­n (FIC) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid sekali lagi dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, semalam untuk memberi keterangan.

Kehadiran beliau bagi membantu siasatan pembelian hotel empat bintang di Kensington, London oleh FIC antara 2013 dan 2015.

Selain itu, dua individu lain turut dipanggil iaitu Pengarah Bahagian Undang-Undang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) Helwani Lukman.

Turut hadir, rakan kongsi kepada seorang peguam yang direman sebelum ini kerana disyaki menguruska­n proses dokumentas­i perjanjian jual beli di antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum dijual kepada FIC.

Noor Ehsanuddin dilihat masuk ke bangunan SPRM jam 9.50 pagi manakala Helwani jam 10 pagi dan peguam wanita berkenaan tiba jam 11.50 pagi.

Noor Ehsan dilihat meninggalk­an Ibu Pejabat SPRM jam 12 tengah hari sementara Helwani jam 12.50 tengah hari.

Difahamkan hari ini, Noor Ehsanuddin bersama dua lagi individu iaitu Datuk Nik Azman Mohd Zain dan Datuk Dr Omar Salim akan dipanggil sekali lagi untuk memberi kenyataan.

Kelmarin, tiga individu berkenaan dipanggil bagi tujuan sama.

Pada 14 Julai lalu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahka­n pasukan penyiasat membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel empat bintang di Kensington, London oleh FIC.

Tindakan itu diambil selepas dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabka­n anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC dilaporkan membeli hotel berkenaan pada harga STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

 Bantu siasatan pembelian hotel di London dan Kuching hingga FIC rugi jutaan ringgit

Pengerusi FELDA ketika itu, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata, pembelian Grand Plaza Kensington itu sebahagian daripada langkah strategik FIC untuk mempelbaga­ikan aset dan memastikan ia dapat ‘memaksimum­kan pulangan pelaburan’ syarikat. Pembelian itu menjadi pelaburan ke-12 FIC dalam portfolio keraian selepas Felda membayar £98 juta (RM538 juta) untuk sebuah pangsapuri perkhidmat­an 198 unit di Bayswater, London pada 2013.

FIC ditubuhkan FELDA pada 2013 sebagai usaha mempelbaga­ikan portfolio perniagaan agensi berkenaan khususnya dalam pelaburan hartanah, perhotelan dan hospitalit­i.

 ??  ?? DR OMAR
DR OMAR
 ??  ?? NOOR Ehs an u ddin
NOOR Ehs an u ddin
 ??  ?? NIK AZMAN
NIK AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia