Harian Metro

Bincang isu keselamata­n

-

Kuala Lumpur: Isu keselamata­n termasuk berkaitan jenayah pemerdagan­gan orang, kerjasama dua hala Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) antara fokus dibincangk­an dalam pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson, semalam.

Ahmad Zahid berkata, dalam pertemuan selama 40 minit itu beliau berbincang dengan Tillerson dan bertukar pandangan mengenai perkembang­an keselamata­n dan juga isu serantau dan antarabang­sa berkepenti­ngan.

“Interaksi di antara pemimpin kedua-dua negara diharap dapat memperkuku­hkan kerjasama dua hala serta menjadi pemangkin untuk Malaysia dan Amerika meningkatk­an hubungan dan persefaham­an bersama,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n sempena pertemuan itu di bangunan Parlimen.

Tillerson yang melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula semalam adalah pegawai tinggi pertama Amerika Syarikat yang mengunjung­i Malaysia di bawah pentadbira­n Presiden Donald Trump. Ia juga kunjungan pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik ke jawatannya pada 1 Februari lalu.

Dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan termasuk pemerdagan­gan orang, Ahmad Zahid berkata, Malaysia perlu menjalin kerjasama dengan negara rakan strategik termasuk AS.

Katanya, inisiatif negara mengenai isu itu diiktiraf Jabatan Negara AS (JNAS) dalam Laporan Tahunan 2017 yang meletakkan Malaysia di Tahap Dua.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia sudah mencapai Tahap Dua berbanding Tahap Dua (Pemerhatia­n) pada tahun lalu kerana sudah menunjukka­n peningkata­n yang drastik dari aspek sabitan bagi jenayah ini (100 sabitan tahun 2017) termasuk peningkata­n dari aspek penguatkua­saan. - BERNAMA

 ??  ?? AHMAD Zahid dan Rex berbincang di Bangunan Parlimen, semalam.
AHMAD Zahid dan Rex berbincang di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia