Harian Metro

Terus unggul

- Mazizul Dani mazizul@hmetro.com.my

 MyMetro catat 12.23 juta UV April hingga Jun

Selepas mengunggul­i suku pertama 2017, laman web Harian Metro (HM) terus mengunggul­i portal berita di Malaysia untuk suku kedua 2017 dalam kategori berita dan maklumat berdasarka­n statistik terbaru dikeluarka­n firma pengukur dunia digital ComScore Inc.

Berdasarka­n laporan, laman berita HM yang boleh dilayari menerusi www. hmetro.com.my mencatat 12.23 juta pelayar unik (UV) dari April hingga Jun, iaitu 4.16 juta UV pada April, 4.12 juta UV (Mei) dan 3.94 juta UV (Jun).

Pada April, laman yang lebih dikenali sebagai myMetro itu mengatasi pesaingnya dengan beza 362,000 UV, mengunggul­i dengan kelebihan 585,000 UV pada Mei, diikuti kelebihan 756,000 UV pada Jun mengatasi pesaingnya.

Statistik berkenaan merangkumi pelayar yang mengunjung­i laman web menggunaka­n komputer, telefon pintar atau tablet.

Pada suku pertama 2017, laman web HM mencatatka­n 9.88 juta UV sepanjang Januari hingga Mac dan mengatasi pesaingnya dengan kelebihan 421,000 UV.

Bagi segmen video HM, MetroTV yang kini mempunyai lebih 104,000 langganan pengguna di YouTube mencatat lebih 130.6 juta tontotan setakat semalam.

Di laman sosial, Facebook (FB) myMetro kini mencatatka­n lebih 4.3 juta ‘like’ manakala Twitter rasmi HM kini diikuti lebih 776,000 pengguna.

HM turut mempunyai akaun Twitter lain mengikut kawasan iaitu @hmutara bagi berita di Perlis, Pulau Pinang dan Perak, @hmtengah (Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan), @hmtimur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), @hmjohor (Johor), @hmsarawak (Sarawak) dan @metrosabah (Sabah).

Sementara itu, tiga lagi akaun Twitter yang fokus kepada berita dunia, sukan dan teknologi iaitu @GlobalHM, @ArenaHM dan @TekLabHM turut mencatatka­n peningkata­n pengikut.

 ??  ?? STATISTIK dikeluarka­n firma pengukur dunia digital ComScore Inc.
STATISTIK dikeluarka­n firma pengukur dunia digital ComScore Inc.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia