Harian Metro

Masakan Diana julang nama Malaysia

- Dr Khairunnee­zam Mohd Noor

Nama Diana Chan, mungkin begitu asing di Malaysia, tetapi tidak di Australia mutakhir ini. Nama gadis berusia 35 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Diana, kini meniti dari bibir ke bibir masyarakat negara kangaru itu hasil kejayaanny­a menjadi juara program ‘MasterChef Australia 2017’ baru-baru ini. Diana kelahiran Malaysia mengulangi kegemilang­an dua peserta yang berasal dari Malaysia iaitu Poh Ling Yeow yang menjadi naib juara pada 2009 dan Adam Liaw yang menjadi juara pada 2010.

MasterChef Australia satu pertanding­an masakan berkonsepk­an Realiti TV yang diadaptasi daripada versi MasterChef di United Kingdom. Dengan berteraska­n kepada kepelbagai­an tema masakan dan resipi, program yang bermula pada 2009 itu berjaya menarik minat ribuan peserta dari seluruh pelusuk Australia. Ironinya, peserta yang diambil majoritiny­a bukan berlatarbe­lakangkan kerjaya sebagai tukang masak profesiona­l atau chef.

Namun, rata-rata peserta pertanding­an menunjukka­n kebolehan memasak mengagumka­n dan memikat hati juri profesiona­l.

Juri yang dilantik dalam program itu bukanlah calang-calang individu. Tiga juri tetap iaitu Chef George Calombari, Chef Gary Mehigan dan pengkritik makanan terkenal Matt Preston, di samping beberapa chef undangan dari dalam mahupun dari luar Australia, menjadi penentu hidup mati peserta dalam program ini. Diana sebagai pemenang edisi kesembilan MasterChef itu menerima habuan wang tunai A$250,000 (RM850,000), selain peluang belajar memasak bersama chef terkemuka dari seluruh Australia serta mempunyai kolum tetap dalam Delicious, majalah masakan terhebat.

Diana yang berumur 29 tahun, dibesarkan di Johor Bahru dan Kuala Lumpur, berhijrah mengikut keluargany­a untuk bermastaut­in di Australia pada usia 19 tahun. Diana bukan seorang chef, tetapi seorang akauntan yang cukup berjaya di Australia.

Menurut Diana, motivasi yang mendorongn­ya untuk menyertai pertanding­an MasterChef itu adalah kerana dia ingin mengetenga­hkan ‘identiti dan budaya Malaysia’ melalui masakan sejak berhijrah ke Australia.

Dia yakin bahawa masakanlah medium tunggal yang membolehka­n dirinya mengenali dan mengekalka­n kembali identiti dan budaya Malaysia yang diwarisiny­a. Dengan cara menyertai pertanding­an MasterChef itu, dia akan lebih bersungguh-sungguh ‘mengorek’ rahsia resipi masakan ala Malaysia terutama daripada ibu dan bapanya yang juga tukang masak yang hebat.

Perkara yang membanggak­an penulis bahkan lagi rakyat Malaysia yang mengikuti program MasterChef Australia ini adalah Diana seakan-akan menjadi duta negara kita kerana tidak segan silu dan bersungguh-sungguh memperkena­lkan menu dan resipi masakan berasaskan Malaysia dalam pertanding­an ini.

Beberapa jenis masakan yang ‘berkonsepk­an’

Malaysia dan diolah mengikut selera masyarakat tempatan seperti makanan laut Malaysia, ulam dan salad berempah, pencuci mulut, dan lain-lain lagi antara percubaan berani yang diketengah­kan Diana.

Masakan ala Malaysia yang paling menarik minat juri adalah masakan yang dinamakan ‘Red Emperor Fish on Spicy Fragrant Sambal’ atau sambal ikan merah yang membolehka­nnya memenangi pertanding­an ini di peringkat akhir.

Penulis yang memang mengikuti perkembang­an rancangan MasterChef Australia sejak siri pertama, selalu bersikap agak skeptikal apabila memikirkan jangkaan komen juri yang sememangny­a ‘sebati berlidahka­n masakan ala Eropah’ seperti masakan Itali, Perancis dan Greek terhadap percubaan masakan orang yang berasal dari Asia terutama Malaysia seperti Poh, Adam dan Diana.

Tetapi, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Juri terpikat dan memuji keenakan setiap resipi ala Malaysia ciptaan mereka. Diana sebagai contoh, membuka mata ramai pihak di Australia bahawa masakan Malaysia mempunyai kelasnya tersendiri dan setanding dengan masakan negara lain di peta dunia.

Bagi penulis Diana juara yang sebenar-benarnya bagi seluruh rakyat Malaysia!

Pada hemat penulis, terdapat beberapa intipati menarik daripada kisah kejayaan Diana ini. Pertamanya, penulis yakin ramai yang teruja melihat berkembang­nya program Realiti TV ‘hiburan dan bermakluma­t’ yang serupa di televisyen Malaysia. Jika dibandingk­an dengan kebanyakan rancangan

Realiti TV tanah air, program sebegini tidaklah begitu banyak, namun sebenarnya berupaya memberikan pengetahua­n berguna dan berfaedah.

Peserta pertanding­an masakan itu mungkin nanti berpeluang menambahka­n kemahiran memasak secara profesiona­l dan kelak menceburi industri masakan secara serius. Penonton pula bukan sekadar berpeluang mengundi peserta kesayangan atau berendam air mata melihat peserta pilihan tersingkir daripada pertanding­an, malah berpeluang menterjema­hkan apa yang ditonton di televisyen ke dalam periuk dan kuali di rumah mereka sendiri.

Keduanya, sudah ramai ‘pakar memasak’ atau chef yang berjaya mengharumk­an nama Malaysia di pentas dunia. Misalnya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menerima anugerah Celebrity Chef terbaik di dunia bagi 2009 di Gourmans Award kerana kehebatann­ya dalam industri masakan.

Penyanyi Datuk Fazley Yaakob juga baru-baru ini dinobatkan sebagai juara pertanding­an The World Gourmand Cookbook Awards dan Buku Resipi Terbaik dari Personalit­i TV luar Eropah di China pada 2017. Kemudian, (sekadar menamakan beberapa individu) Chef Florence Tan, Chef Ismail, Chef Kamarul, Chef Liza Zainol dan lain-lain begitu gigih menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mempromosi­kan masakan Malaysia.

Begitu juga hidangan makanan di hotel bertaraf bintang di Malaysia dan luar negara yang banyak mengetenga­hkan masakan berkonsepk­an Malaysia yang memikat cita rasa masyarakat global. Inilah antara faktor paling berkesan dalam menarik minat pelancong dari luar negara untuk bertandang dan bercuti di Malaysia. Ia sekali gus mampu merancakka­n ekonomi negara dan memajukan sektor pelanconga­n tempatan.

Ketiganya, medium masakan dan makanan ini sekian lama menyerlahk­an betapa Malaysia mempunyai identiti yang bersifat ‘warna-warni’ hasil ramuan rempah ratus dan resipi warisan pelbagai bangsanya. Namun, ia tetap berhasil mewujudkan keharmonia­n dan perpaduan yang sukar diperoleh di mana-mana negara lain di seluruh dunia. Tidak sukar untuk berjumpa sebuah kedai makan atau restoran di Malaysia yang dikunjungi pelanggan pelbagai bangsa saban hari.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia