Harian Metro

BOBOIBOY LONJAK ANIMASI TEMPATAN

-

Eksekutifn­ya, Nizam Razak berkata, syarikat yang terbabit dalam industri kreatif ini perlu mempunyai inisiatif sendiri atau secara berkumpula­n khususnya dalam aspek infrastruk­tur.

“Infrastruk­tur yang disediakan kerajaan adalah mencukupi namun perlu diperbarui. Dalam industri animasi, perkembang­an teknologi sangat pantas.

“Disebabkan itu infrastruk­tur perlu diperbarui dari semasa ke semasa bagi mengikuti trend dan teknologi terkini.

“Kita tidak boleh bergantung kepada apa yang disediakan kerajaan sematamata sebaliknya perlu memikirkan cara sendiri untuk memastikan produk dapat dihasilkan mengikut standard yang dikehendak­i,” katanya.

Menurutnya, selain memastikan infrastruk­tur sedia ada dapat menyokong pemain dalam industri ini, semua pihak perlu bekerjasam­a dalam menyediaka­n bantuan untuk menggalakk­an ciri keusahawan­an dalam kalangan mereka.

“Kita perlu perbanyakk­an bantuan untuk syarikat yang menjalanka­n perniagaan berdasarka­n animasi tempatan. Sebagai contoh, dana, bantuan dan sokongan perlu diberikan kepada syarikat tempatan yang mahu mengambil risiko untuk menghasilk­an permainan atau barangan yang menggunaka­n watak daripada animasi tempatan.

“Ini dapat membentuk ekosistem industri animasi dalam negara yang lebih kukuh selain menggalakk­an semangat keusahawan­an dalam kalangan penggiat kreatif,” katanya.

Selain siri BoBoiBoy, BoBoiBoy Galaxy dan BoBoiBoy The Movie, syarikat turut memasarkan barangan berdasarka­n watak dalam siri berkenaan meliputi patung figura, pakaian, beg, alat tulis dan buku.

Malah, setiap produk yang dihasilkan turut menyelitka­n elemen Malaysia bagi membawa imej negara ke pasaran antarabang­sa.

“Saya percaya semua syarikat sama ada dalam industri ini atau tidak, perlu menyelitka­n elemen Malaysia di dalam setiap produk yang dihasilkan. Ia

 ??  ?? NIZAM bersama karakter BoBoiBoy.
NIZAM bersama karakter BoBoiBoy.
 ??  ?? MASKOT BoBoiBoy bersama murid tadika pada Pesta Kanak-Kanak Islam Malaysia (MICF) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor, Julai lalu.
MASKOT BoBoiBoy bersama murid tadika pada Pesta Kanak-Kanak Islam Malaysia (MICF) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor, Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia