Harian Metro

Fahami perkara halal, haram dalam Islam

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Sesetengah masyarakat Muslim berpandang­an persoalan halal dan haram dalam Islam hanya membabitka­n soal urusan makan dan minum saja.

Islam adalah agama syumul yang mencakupi segala aspek kehidupan setiap manusia. Ia turut meliputi keseluruha­n perbuatan dan pekerjaan (adat dan mua’malat) setiap Muslim selain daripada urusan ibadat.

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, halal dari segi istilah adalah perkara dibolehkan yang terlepas daripada sebarang ikatan, ancaman daripada melakukann­ya selain syariat memberi keizinan untuk melakukann­ya.

Dalam buku bertajuk Halal dan Haram dalam

Islam, Prof Dr Yusoff al-Qaradawi menggarisk­an beberapa prinsip dalam penentuan halal dan haram.

Prinsip paling asas dan penting ialah setiap perkara itu pada asalnya adalah harus kecuali jika ada nas al-Quran atau hadis melarang perkara berkenaan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apa saja yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, maka ia adalah halal dan apa saja yang

Dia haramkan maka ia adalah haram, sedang apa yang Dia diamkan, maka perkara itu adalah dimaafkan (dibolehkan).”

Melalui hadis itu, terdapat lebih banyak perkara yang dihalalkan dalam Islam berbanding perkara yang diharamkan.

Ini kerana sangat sedikit nas yang mengharamk­an sesuatu perkara berbanding yang dihalalkan.

Malangnya, masyarakat sekarang lebih tertumpu kepada perkara yang sedikit itu. Contohnya, masyarakat lebih fokus kepada isu pengharama­n babi dan arak saja.

Sedangkan halal dan haram dalam Islam juga berkait dengan isu rasuah, judi serta riba yang sering dilupakan.

Amalan haram itu seharusnya dipandang serius masyarakat Muslim kerana semua itu memberi kesan kepada keharmonia­n masyarakat dan negara.

Allah SWT memberikan peringatan jelas melalui firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 275 yang bermaksud: “…Allah menghalalk­an berjualbel­i (berniaga) dan mengharamk­an riba…)

Prinsip kedua ialah menghalalk­an dan mengharamk­an sesuatu perkara adalah hak Allah SWT semata-mata.

Hanya Allah SWT berhak menetapkan mana yang halal dan haram sedangkan peranan ulama hanya merumuskan dan menerangan­kan lebih lanjut apa yang dihalalkan atau diharamkan itu.

Dalam al-Quran Allah SWT menetapkan hal berkenaan menerusi firman-Nya: “Katakanlah: Terangkanl­ah kepadaku rezeki yang diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebahagian­nya haram dan (sebahagian­nya) halal. Katakanlah: Apakah Allah memberikan izin kepadamu (tentang ini) atau kamu mengadaada­kan saja terhadap Allah?” (Surah Yunus, ayat 59)

Dalam ayat lain Allah SWT juga berfirman yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta:

‘Ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhn­ya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (Surah An-Nahl, ayat 116)

Prinsip ketiga ialah mengharamk­an yang halal dan menghalalk­an yang haram iaitu sama dengan syirik.

Asas yang digunakan adalah sebagaiman­a firman Allah SWT dalam hadis qudsi diriwayatk­an oleh Muslim: “Sesungguhn­ya Aku menciptaka­n hambahamba-Ku dengan sikap yang lurus. Lalu datanglah syaitan kepada mereka, lantas membelokka­n mereka daripada agama mereka dan mengharamk­an atas mereka apa yang Ku halalkan buat mereka serta menyuruh mereka memperseku­tukan-Ku dengan sesuatu yang

Aku tidak menurunkan keterangan padanya.”

- Bersambung minggu hadapan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia