Harian Metro

14 dah hilang lesen

Syarikat pengendali umrah dan ziarah didapati lakukan penipuan

- BERNAMA

Sebanyak 14 syarikat pelanconga­n dan pengendali umrah serta ziarah dibatalkan lesen kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Industri Pelanconga­n 1992 (Akta 482) sejak 2009 hingga tahun ini.

Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, daripada jumlah itu, 11 syarikat dibatalkan lesen dan satu syarikat ditarik lesen bidang pelanconga­n luar negara (outbound) selepas didapati melakukan penipuan manakala dua lagi sedang dalam peringkat rayuan.

“Kementeria­n memang serius dalam memerangi aktiviti penipuan pakej umrah dan ziarah yang mana selain pembatalan lesen, kita juga menarik balik lesen bidang tertentu dan menyenarai­hitamkan agensi yang terbabit.

“Bagi tahun ini, notis pembatalan lesen dikeluarka­n kepada dua syarikat yang turut melakukan kesalahan mengikut akta itu dan kita menyiasat beberapa lagi syarikat yang mengendali­kan pakej umrah dan ziarah yang bakal berhadapan tindakan sama jika sabit kesalahan,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu mengenai tindakan yang diambil kementeria­n itu terhadap syarikat yang melakukan penipuan pakej umrah.

Mas Ermieyati berkata, antara syarikat yang dibatalkan lesen termasuk Warith NY Travel & Tours, Madain Al-Taqwa Travel & Tours Sdn Bhd, Permata El-Nur Travel & Tours manakala Agensi Pengembara­an Asari Murni Sdn Bhd ditarik lesen out bound.

Katanya, selain daripada tindakan pembatalan lesen, kementeria­n juga tidak akan mempertim- bangkan sebarang permohonan lesen baru oleh mana-mana individu dan syarikat yang sudah disenarai hitam atas kesalahan di bawah akta itu.

“Kita juga bekerjasam­a dengan pihak Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) agar mereka yang dikenal pasti ini turut dihalang daripada menubuhkan syarikat baru berkaitan pelanconga­n atau mengambil alih syarikat lain bagi menjalanka­n aktiviti berkaitan pelanconga­n.

“Kita juga bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan menghalang laman sesawang milik syarikat dan individu tidak berlesen yang mengiklank­an pakej umrah dan ziarah,” katanya.

 ??  ?? MAS Ermieyati
MAS Ermieyati

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia