Harian Metro

Bina 241,595 rumah mampu milik

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 241,595 rumah mampu milik dibina di seluruh negara dari 2009 sehingga April tahun ini, kata Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Katanya, jumlah itu meliputi 21.7 peratus daripada sasaran 1.1 juta rumah mampu milik yang mahu dibina kerajaan untuk golongan berpendapa­tan rendah.

“Sebanyak 634,295 rumah mampu milik masih lagi dalam proses pembinaan manakala 256,138 unit masih dalam proses mengenal pasti tapak pembinaan,” katanya ketika menjawab soalan Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam) pada persidanga­n Dewan Rakyat.

Khalid ingin mengetahui jumlah rumah mampu milik yang sudah dibina di seluruh negara dari tahun 2009 hingga 2017.

Ketika menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) mengenai syarat kelayakan membeli rumah mampu milik, Noh berkata, pihaknya sentiasa menjalanka­n proses saringan serta mengenakan syarat ke atas pemohon rumah mampu milik yang terdiri daripada golongan berpendapa­tan rendah.

“Pemohon mesti berpendapa­tan tidak melebihi RM3,000 sebulan dan permohonan rumah mampu milik akan dihantar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri terlebih dulu sebelum mempamerka­n nama dalam masa dua minggu untuk proses bantahan.

“Sekiranya mendapat bantahan daripada orang awam, kami akan menyiasat dan akan menarik balik sekiranya tidak memenuhi syarat bagi memastikan rumah mampu milik betul-betul dimiliki golongan berpendapa­tan rendah,” katanya. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia