Harian Metro

Jual telefon modal air liur

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

 Wanita didakwa tipu 2 individu RM27,200 urusan jual beli gajet tak wujud tahun lalu

Aktif melakukan penipuan dengan menawarkan telefon pintar yang tidak wujud di laman sosial, seorang wanita akhirnya ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Modus operandi wanita terbabit adalah dengan mengiklank­an telefon berkenaan dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran untuk jualan melalui aplikasi Instagram sebelum mengarahka­n mangsa memasukkan wang pembelian ke akaun milik orang lain yang mempunyai kaitan dengannya.

Siasatan polis mendapati, wanita terbabit menjalanka­n kegiatan penipuan itu sejak lebih dari setahun lalu dan setakat ini, 15 laporan polis dikenalpas­ti dibuat terhadapny­a dengan dua daripadany­a membabitka­n kes di daerah Perak Tengah.

Bagi dua kes itu tertuduh Nisha Hidayah Mansor, 21, didakwa menipu dua individu membabitka­n wang RM27,200 untuk membeli 28 iPhone 6s dan sebuah komputer riba pada tahun lalu.

Dia didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pertama, Nisha Hidayah yang menganggur dan beralamat di Sri Petaling, Kuala Lumpur, didakwa memperdaya Ahmad Adib Azhar, 21, dengan mendorong mangsa supaya menyerahka­n wang RM12,950 melalui dua akaun bank untuk pembelian 12 iPhone 6s yang tidak wujud pada 10 Jun 2016 jam 10 malam di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Seri Iskandar.

Manakala, tuduhan kedua, dia didakwa memperdaya Nur Izzatty Salimun, 20, untuk menyerahka­n wang RM14,250 melalui satu akaun bank bagi tujuan pembelian 16 iPhone 6s dan sebuah komputer riba yang tidak wujud pada 11 Julai 2016 di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar kira-kira jam 1 tengah hari.

Nisha Hidayah yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Harbans Kaur, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan minta dibicaraka­n.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah membenarka­n jaminan RM2,000 bagi kedua-dua pertuduhan kerana tidak bekerja selain sudah lama berhenti sekolah akibat menghidapi sakit tulang belakang selain ibunya seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai kerani serta perlu menanggung tiga anak lain.

Mohd Fitri kemudian membenarka­n jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 30 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.

 ??  ?? NISHA Hidayah dibawa ke Mahkamah
Majistret.
NISHA Hidayah dibawa ke Mahkamah Majistret.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia