Harian Metro

Dijel ceroboh rumah pegawai khas

-

Seorang penganggur didenda RM3,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menceroboh kediaman milik pegawai khas kepada Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, minggu lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Hareez Faizal Mohd Azlee, 31, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah Datuk Razali Ramli, 53, di No 6 Jalan UP/1A Ukay Prima, Kemensah Height, di sini kira-kira jam 6.30 pagi, 3 Ogos lalu.

Dakwaan kes dikemukaka­n mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashima­h Hashim memohon hukuman berat atas alasan tertuduh menceroboh ke kawasan rumah pada jam 6.30 pagi, keadaan ketika itu masih gelap dan ahli keluarga pemilik rumah itu sedang tidur selain mengambil kira kepentinga­n awam.

Terdahulu, Mohd Hareez Faizal yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia mendakwa baru saja mendapat kerja dan perlu membantu ibu bapa yang sudah tua.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, isteri pengadu iaitu Datuk Razali memberitah­u suaminya bahawa dia ternampak tertuduh di kawasan belakang rumah mereka dalam keadaan mencurigak­an.

Pengadu kemudian menghubung­i anak saudaranya untuk datang ke rumah mereka sebelum tertuduh berjaya ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia