Harian Metro

Penjara 6 bulan curi 14 telefon

-

Tindakan seorang juruteknik yang mencuri telefon bimbit pelbagai jenama sehingga mengakibat­kan kerugian bernilai lebih RM27,000 akhirnya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Atiqah Abd Karim@Husaini menjatuhka­n hukuman itu terhadap Khairil Anas Ramli, 19, selepas dia mengaku bersalah mencuri 14 jenis telefon bimbit pelbagai jenama yang bernilai RM27,386.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Aeon Bandar Utama, Pusat Beli-Belah 1 Utama, di sini pada 25

Julai lalu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh turut mengaku bersalah atas empat lagi pertuduhan memiliki harta curi iaitu beberapa buah tablet jenis dan telefon bimbit milik

Nelson Sait, 29, di mana dia mengetahui harta itu adalah harta curi.

Bagi setiap kesalahan itu, dia dihukum penjara empat bulan dan mahkamah memerintah­kan semua hukuman penjara berjalan serentak bermula tarikh sabitan, iaitu semalam.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di Lot 3151-14, Kg Bukit Lanjan, Sg Penchala dan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Zon 3, Balai Polis Mutiara Damansara pada 25 hingga 26 Julai lalu.

Dakwaan bagi semua kes dilakukan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili peguam Esther Tan memohon hukuman penjara minimum atas alasan keluarga tidak mampu membayar jumlah denda yang tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia