Harian Metro

Piawaian baru pulih penagih

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

 Guna kaedah pemulihan psikospiri­tual tanpa kaut untung

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) bakal mewujudkan satu piawaian minimum ke atas institusi rawatan dan pemulihan dadah di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, piawaian berkenaan bagi memastikan institusi berkaitan benar-benar melakukan kaedah pemulihan psikospiri­tual dan tidak hanya mengaut keuntungan semata-mata.

“KDN berpendapa­t cara yang lebih berkesan untuk menangani masalah dadah ini bukan saja terletak pada tanggungja­wab penguat kuasa kerajaan, tetapi turut membabitka­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat agar dapat mengatasi masalah berkenaan,” katanya pada Konvensyen Keberkesan­an Modaliti Psikospiri­tual Islam Dalam Rawatan dan Pemulihan Dadah di Institut Integriti Malaysia, semalam.

Hadir sama, Presiden Majlis Penyalahgu­naan Bahan Terlarang Malaysia (MASAC) Datuk Mohd Yunus Pathi Mohd dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Dr Yusri Mohamad.

Menurut Nur Jazlan, pendekatan yang diambil negara ini tidak sama dengan apa yang dilakukan oleh Filipina dan Indonesia iaitu melenyapka­n penagih serta pengedar di negara mereka.

Pendekatan itu dianggap tidak bersifat kemanusiaa­n dan cara lebih baik melalui dakwah kepada mereka yang terjebak dalam masalah dadah agar mereka boleh kembali kepada keluarga seterusnya masyarakat.

Katanya, meskipun menggunaka­n pendekatan dakwah yang berasaskan agama Islam, tetapi pendekatan saintifik tidak boleh diketepika­n kerana masalah dadah berlaku di seluruh dunia dan cara pemulihann­ya pula berbeza.

“Justeru, kami memerlukan kerjasama semua pihak tambahan lagi cara menangani pengguna dadah yang ketagihan dadah sintetik hingga mampu membunuh disebabkan unsur racun yang tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia