Harian Metro

Kelu rumah jadi abu

-

 4 beranak keluar makan roti canai dapat khabar duka

“Mujur saya bawa ketiga-tiga anak keluar makan roti canai. Kalau saya tinggal mereka di rumah tidak tahu apa akan jadi. Syukur Allah selamatkan nyawa kami,” kata mekanik, Sheikh Fadil Sheikh Mustafa, 41, yang tinggal sehelai sepinggang selepas kediamanny­a di Kampung Jawa, di sini, musnah dalam kebakaran, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, lebih malang apabila peralatan sekolah termasuk buku dan pakaian seragam dua anaknya iaitu iaitu Haikal, 16 dan Afiq Danial, 10, yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Abdullah, Jalan Wong Ah Jang, di sini, hangus.

Menceritak­an

kejadian, Sheikh Fadil berkata, Haikal mengajakny­a keluar makan roti canai, namun dia enggan kerana terlalu penat selepas seharian bekerja selain melihat dua lagi anaknya Afiq Danial, 10, dan Sharaqalis­ah, 5, tidur di dalam bilik.

Katanya, bagaimanap­un selepas didesak Haikal, dia akur lalu mengejutka­n Afiq Danial dan Sharaqalis­ah sebelum ke restoran di Kampung Padang, di sini, untuk makan roti canai.

Dia mendapat tahu berhubung kejadian itu melalui adik iparnya, Izwad Wahid, 38, yang memaklumka­n rumahnya termasuk dua lagi rumah saudaranya terbakar lalu bergegas pulang.

“Ketika tiba di rumah, saya tidak mampu bersuara kerana semua menjadi abu sekelip mata termasuk wang simpanan RM800 selain perkakas elektrik musnah.

“Ketika ini, saya menumpang di rumah saudara sementara menanti bantuan daripada kerajaan negeri,” katanya, semalam.

Dia bersyukur kerana mendapat bantuan awal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu keperluan asas seperti barangan dapur dan tilam.

Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata, 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan serta Indera Mahkota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

“Kami mengambil masa hampir setengah jam mengawal api bagi mengelak merebak ke kawasan berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Jawa.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Jawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia