Harian Metro

Tingkat kawalan di Samarahan ‘Wabak’ dari hutan

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Georgetown: Penguatkua­saan kesihatan dan kawalan penyakit anjing gila atau rabies di Samarahan, Sarawak dipertingk­atkan susulan kes pertama penyakit itu yang membabitka­n kanak-kanak lelaki di kawasan terbabit, kelmarin.

Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramania­m berkata, mangsa berusia tujuh tahun itu kini dirawat di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan dalam keadaan kritikal.

Katanya, mangsa dilaporkan pernah digigit anjing bulan lalu didapati positif rabies selepas menjalani ujian darah dan mendapat suntikan vaksin antirabies.

“Ini kes keenam di Sarawak dan yang pertama berlaku di Samarahan. Justeru, kami terus melakukan kawalan bagi mencegah penularan penyakit anjing gila.

“Kementeria­n mengenal pasti anjing yang dijangkiti rabies di Sarawak dan tindakan lanjut diambil Jabatan Perkhidmat­an Veterinar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Peranti Perubatan Antarabang­sa 2017 di Bukit Jambul, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr M Sukumar.

Sejak April hingga Julai lalu, lima kes kematian dilaporkan akibat jangkitan rabies di Serian, Sarawak manakala tiga kanak-kanak masing-masing seorang di Melaka dan dua di Perak yang disyaki mengalami simptom berkenaan disahkan negatif rabies.

“Saya terkejut selepas mengetahui anak jiran kini kritikal kerana digigit anjing. Tidak sangka keadaannya menjadi lebih teruk,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Hasnah, 50.

Hasnah berkata, keluarga jirannya yang tinggal 20 meter dari kediamanny­a di Kampung Sanyabah, di sini, sudah seminggu di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching bagi mengikuti perkembang­an anak mereka

 Penduduk terkejut anak jiran kritikal digigit anjing liar

yang kian kritikal.

Menurutnya, susulan kejadian menimpa anak jirannya, penduduk kampung lebih berhati-hati dengan kehadiran anjing liar dari kawasan hutan berhampira­n kampung.

“Saya percaya mangsa digigit anjing berkeliara­n di kawasan rumahnya Jun lalu.

“Kini, saya lebih berhati-hati sehingga terpaksa membawa parang dan kayu sekiranya mahu pergi ke kebun,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di rumah mangsa berhampira­n kilang di kampung itu mendapati ia kosong dan difahamkan, empat sekeluarga itu berada di HUS untuk ber- sama mangsa yang kini memerlukan bantuan alat pernafasan.

Difahamkan, mangsa berusia tujuh tahun ialah anak bongsu daripada dua beradik tinggal di kampung itu sejak beberapa tahun lalu.

Mangsa disahkan menghidap virus itu apabila menunjukka­n simptom penyakit pada 1 Ogos lalu selepas mengalami muntah, batuk dan demam sebelum dimasukkan ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.

Kain rentang penerangan mengenai wabak rabies sudah digantung di laluan masuk Kampung Kuala yang terletak beberapa meter dari kampung mangsa.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit mempunyai sejarah digigit anjing, 17 Jun lalu namun disuntik vaksin bermula 21 Julai lalu di Hospital Serian.

“Walaupun menerima suntikan vaksin tiga kali pada 21, 24 dan 28 Julai lalu, kesihatan pesakit mula merosot, selain perubahan sikap dan mengalami halusinasi sebelum dirujuk ke HUS pada 3 Ogos lalu.

“Hasil ujian yang dijalankan hari ini (semalam) mengesahka­n pesakit positif rabies dan kini dalam keadaan kritikal serta memerlukan bantuan alat bantuan pernafasan,” katanya.

 ??  ?? KAIN rentang di laluan masuk ke Kampung Kuala, Simunjan.
KAIN rentang di laluan masuk ke Kampung Kuala, Simunjan.
 ?? Subramania­m ?? Ini kes keenam di Sarawak dan yang pertama di Samarahan. Justeru, kami terus melakukan kawalan bagi mencegah penularan penyakit ini”
Subramania­m Ini kes keenam di Sarawak dan yang pertama di Samarahan. Justeru, kami terus melakukan kawalan bagi mencegah penularan penyakit ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia