Harian Metro

Rugi hampir RM1j rumah hangus

-

Tuaran: Bekas Ahli Parlimen Bandau Newman Gaban, 59, kerugian hampir RM1 juta selepas rumahnya di Kampung Pangasaan, Tamparuli, dekat sini, musnah dalam kebakaran, kelmarin.

Bagaimanap­un, dalam kejadian jam 12.05 tengah hari, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Difahamkan, hanya Newman tinggal di rumah dua tingkat itu kerana ahli keluarga lain menetap di luar negara.

Bekas ahli politik itu ditemani dua pekerjanya yang juga dua beradik, Alle Alisa Lee, 39, dan Anthony Lee, 35.

Selain itu, rumah itu dihuni seorang anak perempuan Alle Alisa yang berusia lima tahun.

Menurut Alle Alisa, dia, anaknya dan Anthony keluar bekerja di kebun buah terletak bersebelah­an rumah majikannya.

“Ketika itu, majikan (Newman) tiada di rumah kerana pergi ke Kinarut atas urusan kerja,” katanya.

Wanita itu berkata, dia terus menghubung­i bomba untuk meminta bantuan.

Walaupun tiada individu yang cedera atau kehilangan nyawa, mereka sedih apabila anjing peliharaan baka Maltese rentung dalam kebakaran itu.

“Kami sedih kerana sudah memelihara anjing itu sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Newman berkata, dia kerugian besar selepas perabot, barang kemas, dokumen penting dan barangan antik musnah.

“Sebahagian barang antik yang musnah sudah saya kumpul sejak 30 tahun lalu. Kebanyakan­nya diperoleh dari luar negara termasuk barangan antik dari Afrika,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran di rumah Newman di Kampung Pangasaan, Tamparuli.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di rumah Newman di Kampung Pangasaan, Tamparuli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia