Harian Metro

Enam polis kaki ugut dicekup

-

Kuching: Kegiatan peras ugut dilakukan enam anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor membawa padah apabila mereka ditahan secara berasingan, malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Suspek berusia antara 25 hingga 53 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan masing-masing di rumah dan tempat kerja sekitar bandar raya ini, Padawan dan Lundu.

Mereka ditahan antara jam 10 malam hingga jam 3 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Difahamkan, suspek memeras ugut peniaga yang menjual barang menyalahi undang-undang dengan meminta sejumlah wang sekiranya tidak mahu tindakan diambil.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata, suspek ditahan susulan laporan polis diterima daripada dua individu berusia 44 dan 65 tahun berhubung kegiatan pemerasan yang dilakukan suspek.

Menurutnya, penahanan suspek berdasarka­n laporan yang dibuat pengadu di Balai Polis Batu Kawa dan Balai Polis Sematan.

“Suspek berpangkat inspektor bertugas di Cawangan Perlesenan Jabatan Pengurusan IPK Sarawak manakala lima anggota lagi di beberapa balai polis di bawah pentadbira­n Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

“Polis memohon perintah reman terhadap semua suspek di Mahkamah Majistret Kuching, pagi ini (semalam) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan,” katanya ketika sidang media di IPK Sarawak, di sini, semalam.

 ??  ?? ENAM suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching, semalam.
ENAM suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia